28 January 2010

Cuti,cuti lagi...
















Hari ini aku kembali semula bekerja seperti biasa.Cuti 2 ari lepas aku habiskan dengan melakukan akvitivi luar.Semalam pula member ajak pergi ke Taman Danau Desa.Sesekali mencuba sesuatu yang baru tidak ada salahnya bukan.






Badan masih terasa letih akibat kelas yoga yang aku hadiri semalam.Nasib baik cuma 1 jam.Maklumlah,dah beberapa minggu tak pergi ke gim.Cuti ari selasa aku habiskan dengan beriadah di Taman Tasik Titiwangsa manakala rabu pula di Fitness Centre.






Besok dan lusa cuti lagi...tunggu aktiviti seterusnya.

22 January 2010

sebelum memulakan tugas


Rasanya hari ini aku akan sibuk seharian di tempat kerja.Banyak perkara yang perlu disiapkan hari ini.Sebelum itu,awal pagi ini,aku layan kopi dulu....

21 January 2010

Aktiviti seharian







Lega rasanya bila tiba hari cuti.Kebetulan plak aku dapat cuti 2 hari. Hari selasa tu lepak kat rumah je dan menghabiskan masa dengan berehat dan cover balik tidur yang tidak cukup.Dah lama aku tidak masak.Sebabnya entahlah...kebelakangan ini aku lebih suka makan di luar.Hari rabu plak awal pagi aku dah bangun.Rancangan hari ni nak gi tengok wayang je dekat MBO Galaxy.Tengok cuaca kat luar berjerebu semacam.Ah..jerebu lagi ke?Pedulikan saje sebab kalau ikutkan tentu semua rancangan tak menjadi.



Sampai di Galaxy Ampang,aku terus menuju ke kaunter tiket.Filem plak .Mula2 nak tengok crite seram tp akhirnya aku membeli tiket filem Adnan Sempit.Dapatlah aku tgk kol 12 tengahari.Layan jela filem komedi ni.Boleh tahan gak lawaknya.



Habis tengok wayang aku kuar meronda2 dengan kete aku.Teringat plak nak ke IKEA.Banyak barangan terbaru di IKEA tapi xde satu pun yang menarik perhatian aku untuk membelinya.Namun begitu,aku tetap tertarik pada kulit kambing yang berharga RM139.Simpan duit untuk bulan depan plak.Keluar dari IKEA,pergi lunch di Kayu nasi kandar dan aku ke bilik pameran Proton di Mutiara Damansara.Saje mencuci mata melihat model kereta impian aku.Boleh berangan jelah nak pandu NEO cps.Seterusnya aku merayap di sekitar KL dan aku pergi ke Hulu Langat.Singgah sebentar di Sungai Congkak sambil menikmati keindahan alam disekelilingnya.



Itulah akvitivi untuk dua hari ini.Minggu depan cuti lagi...Rancangan seterusnya...kenalah tunggu.



18 January 2010

merancang sesuatu


Semalam aku tak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan banyak perkara. Tahun 2010 kini telah pun menjelma.Semakin hari bertambah meningkat usia aku. Apa yang perlu aku lakukan bagi memastikan setiap saat dan detik waktu aku gunakan dengan sebaik-baiknya? Demi mencapai sebuah impian,aku perlu melakukan perubahan. Aku tidak harus mensia-siakan peluang yang ada kali ini. Fikirkan ke arah positif demi memastikan perubahan itu berjaya.


Hari ini suasana agak muram dan membosankan.Mujurlah besok aku cuti.Belum lagi merancang apa-apa program . Hanya menanti hari esok menjelma.

17 January 2010

erti sebuah pertemuan

Setiap detik yang berlalu menyimpan sebuah kenangan dan memori dalam hidupku.Resahku kian tidak menentu kebelakangan ini. Entah mengapa aku menjadi rindu pada kehadiran seseorang. Mahu saja ku biarkan perasaan itu berlalu pergi. Mungkin juga aku telah di lamun cinta ? Masih terlalu awal untuk menyatakannnya. Walaupun kelukaan yang lalu telah terubati, aku tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan kali ini. Biarlah takdir dan waktu yang menentukannya.

12 January 2010

ku cari damai di hati




2 hari yang lepas,aku berkesempatan menghadiri kenduri kawin salah seorang kenalan di Dewan Felda.Itulah peluang yang ada apatah telah sekian lama aku tak merasa nasi minyak dan lauk kenduri.Balik dari kenduri aku terus pulang ke rumah dan petang itu,aku ke Bandar Tasik Selatan.Aku ingin melupakan memori lalu yang sering membuatku resah dan tidak menentu.Azamku tahun ini supaya aku kan lebih tabah dan aku ingin mencari kenalan sebanyak yg mungkin.Aku juga merasakan tidak perlu aku terus berhubungan dengan mereka yang dinamakan teman tetapi hanya diwaktu senang sahaja.

Bagi diriku,apa yang penting sekarang,aku harus menumpukan perhatian pada kerjaya supaya segala cita-cita dan impianku akan tercapai nanti.Aku tidak memerlukan lagi mereka yang hanya ingin mendampingiku hanya untuk tujuan tertentu.Pengalaman lalu telah mengajarku erti kedewasaan.Yang lepas biarkan pergi.Aku ada merancang untuk pergi bercuti pada bulan Feb atau Mac yang akan datang.Destinasi belum difikirkan lagi.Mungkin Langkawi atau Sabah yang akan menjadi pilihan.

Ramai yang telah menegurku bahawa aku kini kelihatan kurus sedikit berbanding 6 bulan yang lepas.Berat badanku sekarang 55kg.Agaknya sebab terlalu banyak bekerja dan kurang makan serta tidur yang membuatku jadi begitu.Itu tidak bererti aku mengabaikan kesihatan diri.Kebelakangan ini aku jarang sekali pergi ke gim dan sauna.Aku banyak menghabiskan masa di rumah dan melakukan aktiviti luar yang lain.Dan yang terbaru,kesunyianku kini mulai berkurangan apabila aku mendapat kenalan baru yang ceria dan memahami...