Tentunya setiap kali menyambut hari raya terutamanya, kita akan mula berbelanja. Bagi aku pula, sambutan pada tahun ini sekadar ala kadar. Aku belanja mengikut apa yang termampu. Tak nak dibebani hutang di kemudian hari nanti. Pagi tadi aku sempat menyelongkar semula koleksi CD lagu raya dan juga majalah hiasan dalaman.
Sambil buat kerja di rumah boleh la mendengar lagu-lagu raya bagi menceriakan suasana. Mencari idea untuk menghias rumah bukanlah perkara yang mudah terutamanya dengan citarasa aku yang sedikit cerewet. Apa yang ada didalam kandungan majalah deko tersebut, hanya sekadar sumber rujukan tanpa meniru bulat-bulat gaya tata hiasnya. Sewaktu tingal di kondo dahulu aku gemar menaman pokok pasuan tetapi semenjak berpindah ni, tidak lagi. Dengan batu-batu sungai tu semua tak menjadi niat untuk membuat taman mini Bali. Masih tersimpan didalam guni. Mood dulu telah hilang.

Semestinya rumah bujang juga perlu sentiasa kelihatan bersih, kemas dan teratur. Manalah tahu tetiba ada tetamu yang last minute nak datang ke rumah, tak ke kelam kabut jadinya nanti.
Kekadang seharian penat di tempat kerja, sudah pasti kita inginkan ketenangan di rumah pula. Sebab itu aku amat mementingkan keselesaan. Tidak perlu perabot dan hiasan dalam yang mahal belaka untuk mendapatkan seni hiasan yang menarik tetapi hanya cukup sekadar dengan cara yang kita terapkan pada sesuatu ruang tersebut. Aku amat meminati seni hiasan sejak dari kecil lagi. Aku lebih suka meluahkan perasaan dan berkarya pada sesuatu ruang atau hiasan. Pastinya aku tidak melepaskan peluang mengunjungi sesuatu pameran, jualan atau yang berkenaan dengan hiasan seni dalaman dan lanskap.
Di antara koleksi favourite aku ialah pasu, lilin, aksesori hiasan, magnet dan gambar.
Lokasi yang sering aku kunjungi ialah di IKEA dan juga Nilai 3.

Mungkin juga lepas raya nanti ada member-member lama yang ingin bertandang ke rumah. Lebik elok aku membuat persiapan secara awal. Raya tahun ni balik ke Kedah. Kebetulan besok dan lusa aku cuti dan seperti biasa, ada saja perkara yang perlu dilakukan. Rancangan besok nak masak nasi beriani dan rendang ayam namun bergantung pada keadaan. Syukurlah zakat fitrah tahun ini aku dah bayar supaya tidak terlupa nanti. Saya sudah, anda bila lagi?
25 August 2010
tuntutan nafsu yang ingin dipenuhi
Dah masuk 2 minggu kita berpuasa. Bila masuk bulan Ramadhan , masyarakat kita akan bercakap mengenai makanan. Hotel-hotel juga tidak melepaskan peluang untuk menyajikan pelbagai jenis sajian buffet. Tahun ini aku tidak ketinggalan merasakan juadah buffet Ramadhan yang istimewa. Minggu lepas aku berkesempatan berbuka puasa di Hotel J.W Marriot KL dengan boss sebab dia yang belanja. Syukur sangat sebab ni masuk tahun ke-2 dapat makan free. He he. Kalau hari biasa dapat makan free pun apa salahnya kan. Tak gitu boss?
Hasil tinjauan aku ke beberapa bazaar Ramadhan tahun ini mendapati sesetengah tempat menjual makanan yang aku anggap satu pembaziran jika dibeli. Bukan setakat mahal malahan langsung tidak sedap. Wahai para peniaga, kenapa lah korang hanya fikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengira selera pembeli. Sekali terkena pasti aku beringat selamanya. Yang paling teruk ialah kuih ketayap berintikan kelapa basi. Bertalu-talu aku sumpah dalam hati. Kurang pahala di bulan puasa ini.
Keinginan yang ingin dipenuhi kadangkala tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas. Seperti beberapa hari yang lepas. Aku teringin sangat nak makan ikan terubuk bakar sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Akhirnya tercapai jua hasrat itu. Lokasi ikan bakar semestinya Pasar Dato' Keramat. Aku sanggup membayar RM18 semata-mata untuk mendapatkan ikan terubuk idamanku. Bila dapat berbuka berlaukkan ikan bakar, terus berselera sehingga menjilat jari. Memang suka sangat bila dapat cicah dengan air asam cuma renyah bila terpaksa berhati-hati dengan tulang terubuk yang banyak. Tentulah bukan senang kalau nak merasakan sesuatu yang sedap kan..
Tahun ni aku bercadang untuk pergi ke bazar ramadhan yang belum pernah lagi aku kunjungi. Mungkin jauh mungkin juga dekat. Di antara tempat kegemaran aku ialah di Bandar Baru Ampang, Dato' Keramat, Desa Pandan dan Kampung Baru.

kembali ceria
Syukur Alhamdullilah...bulan Ramadhan kali ini memberikan ketenangan jiwa dan minda kepada diriku. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Minggu lepas aku telah menerima satu khabar gembira. Namaku tepilih sebagai salah seorang pemegang kad kredit ambank yang bertuah untuk memenangi sebuah jam tangan Puma bersempena dengan piala dunia tempohari.