Aku bersimpati sekali pada apa yang telah berlaku baru-baru ini ke atas sahabat kakak aku. Beliau telah kehilangan laptop, kamera digital dan juga bb. Hanya kerana sedikit kecuaian. Ceritanya bermula begini.
Akak S ni telah mendapat tawaran kerja di Shah Alam. Beliau yang tinggal di Kedah kelihatan begitu gembira selepas mendapat berita ini. Beliau telah mencari bilik sewa di sebuah laman web. Setelah menghubungi nombor yang tertera, beliau pun pergi ke rumah tersebut. Satu pasangan melayu
menyambutnya. Setelah bersetuju, beliau telah membayar duit sewa dan deposit kepada pasangan A terbabit. Selepas 5 hari menduduki rumah tersebut, beliau telah dikejutkan dengan kehilangan barang-barang berharga. Rumahnya telah dimasuki pencuri. Beliau hanya mampu menangis. Apa yang pelik, tiada kesan pecah langsung seolah-olah semua pintu telah dibuka menggunakan kunci. Laporan polis telah dibuat selepas kejadian itu. Kes masih lagi didalam siasatan pihak berkuasa. 2 hari yang lepas, seorang lelaki India yang mendakwa dia adalah pemilik rumah tersebut datang dan ingin mengusirnya keluar. Rupa-rupanya pasangan melayu yang mengaku sebagai tuan rumah itu adalah penyewa di rumah itu dan sudah 2 bulan mereka tidak membayar duit sewa rumah kepada lelaki India tersebut. Mereka ternyata menyamar sebagai tuan rumah dan telah melarikan duit akak S. Besar kemungkinan juga mereka yang memasuki rumah itu dan mencuri barang-barang kepunyaaan akak S.
Sudah jatuh ditimpa tangga..begitulah nasib yang menimpa diri akak S. Hanya kerana beliau tidak menukar kunci
padlock, beliau hilang barang-barang berharga. 2 laporan polis telah dibuat bagi mencari pasangan tersebut.
Pengajaran dari kejadian ini adalah, tukar kepada kunci yang lain apabila anda menyewa rumah. Dapatkan butiran lengkap tentang tuan rumah supaya tiada masalah yang timbul kelak.
Semoga kes ini dapat diselesaikan segera. Berhati-hatilah dengan siapa yang anda berurusan....