30 July 2009

senaman dan kesihatan
















Setiap orang mengidamkan bentuk tubuh badan yang ideal dan menarik.Aku pula jenis yang tidak terlalu cerewet dalam bab ini asalkan kesihatan terjaga.Kadang kala risau juga melihat berat badan yang semakin bertambah.Perut kalau tak dijaga pasti akan maju ke hadapan.Di waktu lapang aku sering menghabiskan masa di spa,sauna dan gymnasium.Bukannya apa,penampilan amat penting terutama apabila umur meningkat.Mujurlah ada juga kengkawan yang boleh diminta nasihat dan tunjuk ajar.

dulu dan sekarang






















Aku berkawan dengan sesiapa saja asalkan orang itu ikhlas dan menerima diriku seadanya tetapi perhubungan itu tetap ada batasannya.Kengkawan aku terdiri daripada orang biasa,artis,selebriti dan VIP.Tentang sosial hidup mereka,itu pilihan hidup mereka sendiri.Aku perlu menghormatinya.Aku cuma insan biasa yang adakalanya mempunyai kekurangan dan kelemahan diri.Aku lebih selesa berkawan dengan orang yang jujur,tidak hipokrit dan tidak memandang rendah terhadap diri seseorang.Dari dahulu dan sekarang ,penampilan aku sentiasa berbeza-beza mengikut mood ,masa dan juga tempat.Kadang kala bila diimbas kembali foto-foto itu,aku senyum sendirian.Akukah itu?

sekadar meluahkan perasaan
























Hari ini mood aku tak berapa bagus.Badan terasa letih sangat walaupun semalam aku cuti.Mungkin juga aku perlukan rehat yang secukupnya.Tiada apa-apa aktiviti menarik kecuali tugasan biasa seperti basuh baju dan kemas rumah.Member2 pun tak sama cuti dengan aku so ke sana ke mari seorang diri.Dah lama juga aku tidak melepaskan vokal di karoeke.Waktu di Penang dulu memang aku sering ke bandar Sunway,Perda dan Bukit Jambul untuk berkaroeke dengan member2.Kat KL pula antara lokasi yang menjadi pilihan aku dan kengkawan ialah di Bukit Bintang,Ampang Park dan Red Box Karoke berhampiran The Curve.Lagu pilihan?Susah nak cakap.Semua aku blasah jer.Aku suka mencuba lagu-lagu baru bersesuaian dengan vokalku.Pernah juga aku menyanyikan lagu bernada tinggi dan hasilnya...tidaklah seteruk mana cuma sakit tekak lepas tu.Yang penting sekali mesti enjoy.Cayalah.

26 July 2009

Lanskap dan masa lapang






































Walaupun kediaman yg aku sewa sekarang jenis kondominium dan mempunyai ruang balkoni yang agak terhad,ia tidak menjadi halangan untuk aku menzahirkan minat dan idea dalam menghias. Aku lebih gemar menghiasi apa yang ku panggil 'taman mini ' ini dengan batu-batu sungai dan pokok pasuan.Secara tak langsung ia dapat memberi ku ilham dan ketenangan.

makan sampai kenyang





































Ada pendapat yang mengatakan lelaki lebih pandai memasak berbanding kaum hawa.Benarkah itu?Bagi aku yang penting ialah sikap yang positif,minat dan tidak memaksa diri.Kepuasan itu akan datang bila melihat hasilnya.Bakat?Bakat yg ada dalam diri aku tidaklah sehebat chef2 terkemuka di hotel 5* cuma keinginan utk blajar dan mencuba memang wujud dlm diriku sejak di bangku sekolah lagi.Antara resepi yg pernah aku cuba ialah kari,rendang,ayam,nasi beriani,nasi tomato,char kuew teoy,tom yam dan sup.Utk hidangan pencuci mulut pula,aku menggemari puding dan agar-agar.Aku tidak mengharapkan pujian dari teman2 atau ahli keluarga cuma bagiku apa yg penting,mereka enjoy dan ikhlas bila menikmati hidangan yang aku sajikan.Ada brani cuba?

20 July 2009

kereta idaman vs motorsikal




































































Setiap orang mempunyai kereta idaman masing2.Tepuk dada tanya diri sendiri.Beli mengikut kemampuan bukan mengikut perasaan.Itulah falsafah yang aku pegang selama ini.Kempen 'cintailah dan beli barangan buatan Malaysia' mendorong aku memilih untuk membeli kenderaan nasional iaitu Saga.Sebelum ini aku hanya memiliki Yamaha 125z.Itulah motorsikal aku yang terakhir sebelum aku memilih untuk membeli kereta.Aku gemarkan motorsikal yang berprestasi dan dapat memberi kepuasan sebenar tapi tidaklah sampai tahap 'merempit'.Semenjak ada kereta ni,aku tidak lagi menunggang motorsikal.Bercakap tentang kereta pula,ramai orang mengkritik produk buatan tempatan terutamanya kereta nasional kerana menurut pendapat mereka kualiti produk tempatan tidak setanding jenama luar.Bagi aku pula itu semua terpulang pada pendapat masing2.Setakat ini aku belum terfikir untuk menukar kenderaan lain kerana aku sudah selesa dengan keadaan sekarang.Budget pun ciput aje lainlah kalau ada banyak $$$.Di masa akan datang entahlah...Aku juga mempunyai kereta idaman.Diharap suatu hari nanti impian itu kan menjadi kenyataan. Sejak aku join kelab kereta ni,mulalah timbul pelbagai keinginan dihati terutama setelah melihat kereta ahli-ahli kelab yg lain,makan hati juga ni.Namun aku tetap berpuas hati dengan kehidupan sekarang ni.







kerja vs cuti















































































Dah lama aku tidak mengambil cuti panjang.Aku memang seorang yang gemarkan percutian terutamanya ke tempat2 menarik.Masih ingat lagi sewaktu aku di Bali dulu.Memang sungguh indah sekali kenangan itu walaupun sudah hampir 2 tahun.Di Malaysia pula kali terakhir aku pergi bercuti ialah di Terengganu.Sebenarnya aku ni jenis yg tak kisah walaupun pergi sendirian asalkan terhibur dan dapat menenangkan fikiran.Bebanan kerja yang banyak seharusnya dapat di hilangkan dengan pergi bercuti.Lepas ni ke mana lagi destinasi aku?Tunggu dan lihat.