Baru-baru ini aku telah menghadiri kursus jahitan selama 3 hari di Pusat TEKUN Nasional. Takder niat pun nak jadi tukang jahit cuma saja untuk mengisi masa lapang. Aku sebenarnya sejak dari kecil lagi meminati seni sulaman dan jahitan. Pernah dulu semasa zaman kanak-kanak, aku telah mencuri-curi pakai mesin jahit Singer ibu aku. Habis aku kerjakan sampai rosak. Opps! Dah pecah lobang plak. Masa tu tak reti apa-apa. Segala kain termasuk tuala pun aku jahit. Mau tak jahanam. Huhu. Nasib baik ibu aku tak melenting cuma aku kena marah dan diberi nasihat. Terima kasih ibu.
Kini bila dah dewasa, bila aku kenangkan memori lama, aku tersenyum sendirian. Peluang untuk belajar secara percuma ini telah aku gunakan dengan sebaik-baiknya. Tangan dan kaki pun dah lama tak pegang mesin jahit. Bila dah dapat tu apa lagi, seronok tak terkata.
Kami telah diajar untuk membuat pelbagai jenis teknik jahitan dan sulaman. Yang lebih menarik apabila kami turut diberi peluang untuk membuat projek khas seperti bantal mini dan beg kantung.
Antara jahitan yang telah aku pelajari ialah seperti berikut.
dan tak ketinggalan juga, sulaman yang menggunakan mesin...
Projek bantal cermai yang telah aku hasilkan...comel sangat bantal nie.
Tak disangka yang aku mempunyai bakat menjahit. Lelaki pun boleh taw! jangan tak cayer. Mungkin bakat yang terpendam itu perlu diasah dan digilap supaya ia dapat menghasilkan sesuatu yang indah. Ewahhh!
Terima kasih kepada saudara Razzi yang bersusah payah mengajar aku dan peserta yang lain selama 3 hari di bengkel TEKUN.
Bengkel seperti ini ternyata memberi peluang kepada semua golongan masyarakat untuk menjana pendapatan dan ekonomi negara. Syabas diucapkan kepada pihak-pihak yang terbabit secara langsung dalam menyadiakan Pusat Latihan Jahitan TEKUN Nasional ini.
Sekarang aku berazam untuk mempelajari bidang jahitan ini secara mendalam lagi. Bila dah mahir nanti, bolehlah aku cari wang lebih dengan mengambil upah menjahit. Kepada sesiapa yang ingin mempelajari teknik jahitan dan sulaman, jangan lupa menghubungi Pusat Tekun yang berhampiran dengan kawasan anda.