Hari ni aku betul2 hilang mood.Sebenarnya semenjak aku mendapat panggilan telefon dari minggu lepas lg.Tarikh keramat 14/04/2010 ternyata memberikan satu tamparan hebat buat diriku.Aku telah diarahkan supaya berpindah dan mencari kediaman lain dgn alasan owner kondo yg aku sewa sekarang ni ingin memberikan rumah beliau kepada anaknya sebagai hadiah perkahwinan mereka.Siapalah aku yg hendak menyatakan TIDAK.
Aku telah diberikan tempoh selama 45 hari supaya mengosongkan rumah tersebut.Sedikit rasa terkilan di hati kerana aku dah menyewa di situ hampir 4 tahun dan tiba2 diarahkan berpindah.Apa nak buat dah nasib badan.Terpaksa aku mencari kediaman lain kerana masa semakin pantas berlalu dan barang2 aku di mana hendak aku campakkan.Tidak pernah aku menduga di saat ini aku terpaksa melangkah pergi meninggalkan unit kondo yg telah menjadi kegemaran aku seperti rumahku syurgaku.
Masih lagi tercari-cari lokasi yg sesuai.Kondo?Apartment?Bilik? Argh...aku stress sekali bila memikirkan semua cost yg telah aku laburkan selama tinggal disitu.Namun siapa yg peduli kan.Pada mereka yg penah mengalami nasib yg sama seperti aku pasti memahami betapa sukarnya berpindah ke sana sini tanpa dirancang.Haruskah aku terus setia untuk tinggal di Ampang?Ataupun aku perlu lari jauh dari kesibukkan bandar?
Jawapan itu akan terungkai tidak lama lagi...