30 March 2010

Petronas F1 di KLCC
















Hari ahad yang lepas,aku pergi menonton wayang bersama kakak sulungku di Pavillion KL.Dari minggu sebelumnya lagi bercadang nak pergi cuma kebetulan tiket wayang habis dijual maklumlah cuti sekolah. Beratur punyalah panjang di Mid Valley akhirnya ...nak tahu movie apa?Tentulah Alice In Wonderland.Tercapai jua hasrat.Layan jela.










Balik dari menonton wayang,kami singgah di KLCC untuk melihat sendiri kehebatan litar Petronas Pit Pulse di Jalan Binjai.Memang teruja sekali menyaksikan aksi sukan bermotor dari pasukan Petronas dan juga kereta lumba yang pernah menjuarai F1 satu ketika dahulu.Persembahan artis tempatan,Stacy sangat mantap dan bertenaga di atas pentas meskipun cuaca panas.

18 March 2010

Berehat seketika utk sementara waktu

Besok sehingga hari isnin,aku mengambil cuti gantian. Semua perancangan telah dibuat untuk mengisi akvitivi masa lapang bagi memenuhi jadual 4 hari cuti tersebut dan aku masih lagi berada di sekitar kawasan Lembah Klang pada waktu itu.


Tunggu dan lihat aktiviti seterusnya nanti...

11 March 2010

pameran kraftangan















Salah satu hobi yg aku paling suka ialah mengumpul pasu. Kunjungan ke pameran kraftangan di Jalan Conlay baru-baru telah sedikit sebanyak memberiku idea dalam menghias ruang di rumah. Waktu beginilah yang paling aku tunggu untuk melihat produk hasil tempatan. Kalau bukan kita sendiri yg menyokong siapa lagi kan.
Dari hasil kraftangan yg kecil seperti bakul anyaman hingga ke perabot, rambang juga mata dibuatnya. Apa yg aku beli? Tiada. Mungkin lain kali sahaja memandangkan aku tidak pun merancang untuk berbuat sedemikian walaupun di hati ada yang berkenan.

Konvoi ke Kuala Linggi bersama ahli2 S.I.C kl

































Semalam aku kembali ke tempat kerja setelah bercuti selama seminggu.Tidak banyak aktiviti kali ini cuma aku menyertai konvoi anjuran S.I.C kl ke PD dan Melaka.Walaupun pada mulanya rancangan aku yg sebenar ialah utk menghabiskan masa sorang diri ke Phuket atau Bali.Mungkin bukan masanya lagi utk aku ke sana kali ini.
















Namun begitu aku tetap gembira kerana dapat menghabiskan masa cuti dgn berkonvoi bersama rakan2 SIC yg lain. Sempat juga aku mandi laut di Kuala Linggi dan berjemur dibawah sinaran matahari yg panas. Antara aktiviti lain ialah BBQ pd waktu malam dan bermain bola tampar pantai. Memang best sangat.