28 May 2010

Diam tak bererti membisu



Malas?Tiada masa?Bosan?




Itulah persoalan yang timbul apabila aku dah lama tak mengemaskinikan blog ini.Bukannya apa,cuma tinggal 2 hari saja lagi aku akan berpindah ke kediaman baru jadi aku lebih memfokuskan ke arah itu.Bukan senang kerja pindah randah ni tambahan pula aku cuma diberikan notis 45 hari untuk mencari rumah lain.Terpaksalah menurut sahaja kehendak mereka2 yang berkenaan.Malas nak mengulas lebih lanjut cuma aku rasa terkilan sangat apabila menerima khabar tersebut.


Rumah baru pun dah dibersihkan.Cuma tunggu hari ahad ni untuk angkut barang2 naik lori.Daripada kondominium ke pangsapuri.Apa aku kesah kan.Yang pentingnya aku bahagia dengan cara hidupku.Memandangkan ini adalah kediaman baru,pastinya banyak benda yang perlu dilakukan.Dah hampir seminggu aku keletihan sangat.Setiap hari cuma berkesempatan untuk tidur selama 3 jam sahaja bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.


Mudah-mudahan semuanya okey.