31 August 2009

di ambang Merdeka






Sudah seminggu aku tidak menulis blog.Tugasan harian di tempat kerja memaksaku untuk melupakan semua aktiviti luaran seketika.Inipun aku terpaksa mencuri sedikit masa untuk menulis dan berkongsi pengalaman tentang aktivitiku semalam di ambang Merdeka.Sepertimana yang telah dijanjikan semalam,ahli-ahli kelab bersetuju untuk berjumpa sebelum membuat keputusan ke manakah destinasi kami pada malam ini.Setelah semua pihak duduk berbincang,akhirnya kami bersepakat untuk berkonvoi beramai-ramai menuju ke Putrajaya.Lebih kurang 18 buah kenderaan terlibat di dalam konvoi KL-Putrajaya ini.
Kami bertolak dari meet point Ampang pada pukul 11.15 mlm dan sampai di Dataran Putrajaya tepat jam 12 tengah malam.Setelah ahli-ahli kelab berjumpa,berbincang tentang aktiviti seterusnya,sessi bergambar diadakan.Kami pergi ke restoran mamak untuk lepak-lepak minum dan bersahur sekali memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 2.30pagi.Siang karang dah tiba waktu untuk berpuasa.Aku sampai di rumah jam 5 pagi tadi.Aku terus terlelap mungkin kerana keletihan.Walaupun aku cuma dapat lena selama 2 jam namun aku gembira dengan aktiviti semalam.Selamat Hari Merdeka yang ke 52.

23 August 2009

kini kembali lagi

Setahun hanya sekali.Begitulah indahnya bulan Ramadhan yang mulia ini.Sudah masuk hari kedua hari ini umat Islam menunaikan ibadah berpuasa.Aku bersahur sorang diri pagi tadi memandangkan tiada jemputan bersahur bersama dari kengkawan.Malam sebelumnya ,aku menemani kenalan lama pergi bersahur di Kg Baru.Ramai betul orang yang mengambil kesempatan untuk membawa ahli keluarga dan teman2 untuk bersahur diluar.Di bulan puasa ini,aku terpaksa membataskan aktiviti luaran di siang hari.Walaupun keletihan itu masih belum dirasai lagi namun dengan keadaan cuaca dan wabak yg menular sekarang tidak berapa mengizinkan aku.Jadual di tempat kerja aku semakin bertambah padat memandangkan tidak lama lagi aku akan ditukarkan ke tempat baru.Itulah pilihan yang aku lakukan untuk terus mencari suatu pembaharuan di dalam kehidupan ini.Bagiku tidak ada salahnya jika kita mencuba.Rasanya aku akan menyambut 1 syawal nanti di kota Kuala Lumpur sahaja.Aku sudah biasa dengan semua itu.Semoga ramadhan kali ini dapat memberi ketenangan dan kenangan manis yg ku impikan...

13 August 2009

Coretan Semalam




Semalam aku cuti.Dah menjadi kebiasaan bila awal pagi mesti akan terjaga walaupun tidak kunci jam.Aku sempat basuh kereta pada pukul 10pg.Tengahari pula aku pergi ke Carrefour ampang.


Teringin pula nak masak memandangkan aku tidak ke mana-mana hari ni.Hasilnya berasap juga dapur aku.Kari ayam dan sayur kacang bendi.Itulah menu petang semalam.Petang pula hujan lebat sekali.Bestnya dapat tidur dalam cuaca sejuk begini.Aku abaikan sahaja niat untuk pergi ke gym kerana cukuplah aku berehat di rumah sahaja.

09 August 2009

seindah biasa


Rutin seharianku seperti biasa.Pergi keje dan terus pulang ke rumah.Tiada sebarang aktiviti luaran dengan kawan-kawan.Jerebu masih belum pulih sepenuhnya.Boleh dikatakan setiap tahun pasti jerebu akan melanda negara kita.Tinggal di tempat setinggi tingkat 15 memanglah akan lebih terdedah kepada kualiti udara yang kurang sihat.Mujurlah kesihatan aku tidak terganggu.Aku masih mengamalkan penjagaan diri dan kesihatan.Jika tiada sebarang aktiviti penting,aku lebih suka lepak di rumah jer.

Sesekali terasa rindu di hati apabila teringat kawan-kawan di zaman persekolahan dulu.Apa khabar agaknya mereka dan bagaimanakah kehidupan yg mereka lalui sekarang ini.Persoalan itulah yg sering berkumandang difikiranku taktala menatap kembali foto-foto lama.Ahh.Terlalu banyak peristiwa dan coretan untuk dikenangkan.Segala kenangan itu akan kekal bersemadi diingatanku sampai bila-bila.

03 August 2009

bangga menjadi anak Malaysia











Aku rasa bertuah sekali dilahirkan dibumi Malaysia yang tercinta ini.Tidak lama lagi kita akan menyambut perayaan hari Merdeka.Tahun ini sambutannya mungkin tidak meriah kerana kebetulan jatuh pada bulan ramadhan.Beberapa bulan yang lalu,aku sempat berkunjung ke mercu tanda Malaysia iaitu KLCC.Rasa gayat dan gemuruh apabila tiba di tingkat 86 menara berkembar Petronas itu.Resah itu terus hilang apabila aku melihat ke bawah.Wow!Menarik sekali pemandangan dari atas.Terima kasih tanah tumpah darahku.

rakan,sahabat,kenalan,teman tapi mesra
































Selain daripada ahli keluarga sendiri,

sudah tentu kita mempunyai rakan,sahabat,kenalan dan teman tapi mesra.Aku mempunyai kenalan dari pelbagai bangsa,negara dan juga latar belakang yang berbeza.Aku berkawan dengan sesiapa saja tidak mengira jantina,status agama dan budaya.Bagiku kita perlu berfikiran terbuka dalam mencari kenalan asalkan tidak melampaui batas.Aku lebih selesa berkawan dengan mereka yang ikhlas,jujur,berfikiran matang dan tidak suka mendesak.Apa yang penting dalam persahabatan ialah kesefahaman dan keserasian.


lokasi dan tempat yang pernah dan ingin dikunjungi
















Salah satu hobi aku ialah melancong.Ada saja tempat-tempat baru yang ingin aku lawati untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat di sana.Agak lama juga aku tidak ke luar negara.Aku teringin sangat melancong ke kota London dan juga Paris.Setakat ini aku cuma berkesempatan pergi ke Thailand dan juga Bali.Bukan mudah untuk pergi bercuti ke luar negeri.Selain dari memerlukan kewangan yang mencukupi,kita juga harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.