31 January 2011

Naik Pelamin

2 hari lepas aku berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara perempuan aku sendiri di sebelah ibu. Bertempat di Restoran Zam Zam yang terletak di Oasis 9, Shah Alam. Majlis telah diadakan pada waktu malam jam 8 sehingga ke lewat malam. Meriah sungguh suasana di majlis itu kerana ianya berkonsepkan Arab. Makanan pula boleh tahan sedapnya. Dapat pula duit percuma yang ditaburkan oleh suami kepada sepupu aku di depan pengantin sewaktu mereka bersanding di atas pelamin. Rezeki depan mata jangan ditolak.











Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Tentang aku yang belum naik pelamin lagi ni biarlah takdir dan waktu yang menentukan.

22 January 2011

Jom masuk ke dapur



Semalam aku cuti. Macam biasalah, melakukan rutin seharian apabila di rumah. Petang tu teringin pula nak makan bubur gandum. Nak beli yang siap tu bukannya tak dijual, cuma naluri dan keinginan untuk merasa masakan sendiri ternyata lebih kuat. Akhirnya aku membuat keputusan untuk masak. Aku menuju ke Tesco dan Carrefour Ampang dan membeli sedikit barangan runcit. Banyak betul barangan murah bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang tidak lama lagi. Rambang mata dibuatnya namun kena juga mengawal perbelanjaan supaya tidak melakukan pembaziran. Tambahan pula orang bujang seperti aku, tak perlu berbelanja lebih.

Malam semalam barulah aku masuk ke dapur. Banyak benda yang terlintas difikiran untuk dilakukan. Teringin pula nak masak 2-3 menu. Tak kisahlah semua itu. Yang penting sekali ada kemahuan. Boleh juga bawa ke tempat kerja nanti. Aku selesai masak jam 2 pagi. Berbaloi melihat hasilnya walaupun mata dah lebam. Itulah salah satu aktiviti yang aku suka lakukan iaitu memasak.


Menu pertama : Bubur gandum

Nak siapkan bubur ni amat memerlukan kesabaran kerana ianya agak mengambil masa. Antara bahan-bahan yang aku gunakan untuk memasak bubur gandum ini ialah biji gandum, air, gula putih,gula perang, garam,
esen vanila, santan kelapa dan daun pandan. Sesetengah orang suka mencampurkan jagung dan biji sagu. Itu terpulang pada selera masing-masing. Bagi aku dah memadai kalau setakat nak makan sorang.




biji gamdum yang telah direbus


daun pandan untuk menambah aroma dan santan kelapa


inilah hasilnya setelah dimasak



Berikut pula menu seterusnya iaitu Nasi ayam Hainan, sup ayam dan ayam goreng. Tak payah aku makan di luar waktu rehat nanti. Boleh tambah berkali-kali pulak tu. Semestinya air tangan sendiri pastinya tidak akan sama dengan makanan yang dibeli diluar. Makan hati lah kawan-kawan kat ofis apabila mereka nampak. Nak juga kew? Jom layan.......



ayam digaul bersama serbuk kunyit,garam,daun kari dan bawang merah


ayam yang telah siap digoreng. tak sabar nak makan.

nasi ayam hailam. resipi mengikut caraku..




Dah telan air liur kan? Sesekali tu, cubalah masak sendiri. Rajin-rajinlah masuk ke dapur.
Kepuasan yang kita dapat pastinya takkan sama. Selamat mencuba...

20 January 2011

C.I.N.T.A - Biarlah ia hadir tanpa dipaksa

Hidup pastinya akan lebih terasa indah pabila diri kita disayangi, menyayangi dan mencintai di antara satu sama lain. Cinta tidak hanya wujud di antara lelaki dan wanita sahaja. Ia merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan perasaan, hati dan pemikiran. Cinta adalah satu kurniaan yang indah. Cinta memerlukan ketulusan hati dan kesabaran dalam menempuh apa jua rintangan. Jika cinta itu tak bermata, kenapa ia boleh menjadi buta?
Tentang aku..
Dah lama aku menunggu akan hadirnya seseorang yang dapat aku curahkan segala perasaan dan kasih sayangku padanya. Aku juga ingin merasa nikmatnya bercinta seperti insan yang lain. Tetapi aku masih belum menemui seseorang yang dapat aku anggap seperti 'teman istimewa'.  Kebanyakkan mereka yang aku temui tidak mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan. Itu bukanlah bererti aku terlalu cerewet dalam memilih teman hidup. Aku tidak mengejar kesempurnaan tetapi aku inginkan kebahagiaan yang berpanjangan.
Cintaku tidak boleh dijual beli dan aku mahukan seseorang yang dapat menerima diriku seadanya. Selama aku menyendiri, aku cuba untuk melupakan segala kenangan pahit dan memperbaiki kesilapan diri agar aku tidak melakukan kesilapan yang sama seperti masa lalu.
Kadang kala aku rasa bersalah kerana terpaksa menolak cinta seseorang yang ingin menjadikan aku sebagai teman. Bukannya apa, aku harus berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan terutamanya perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Kenapa mereka tak pernah cuba untuk mengerti? Aku bukanlah jenis yang mudah menerima cinta dari mereka yang baru aku kenali. Aku dah masak dengan kata-kata manis serta 1000 janji.  
Namun aku tak harus berputus asa dalam mencari dan memburu cinta. Aku percaya masih ada cinta yang akan hadir dalam hidupku. Semoga impian menjadi nyata.


Wahai kau C.I.N.T.A,





Jangan biarkan aku hidup bersendirian didalam sepi terlalu lama..kau temukanlah aku dengan seseorang yang ikhlas, jujur dan penyayang. Semoga dia dapat memberikan cintanya dan akan ku balas dengan setia.

16 January 2011

Lelaki Melayu dan kesihatan batin

AMARAN! Jika anda berumur 18 tahun ke bawah, sila tinggalkan blog ini dengan segera. Penulis tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang ketidakselesaan yang anda rasai kerana kandungan artikel dan foto-foto berikut mengandungi unsur-unsur bacaan/tatapan untuk golongan dewasa sahaja. Ianya bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar suatu maklumat yang dapat penulis kongsikan bersama pembaca blog ini.


Di kelompok masyarakat Melayu sendiri, terdapat pelbagai jenis petua dan pantang larang yang telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu. Ramai di antara lelaki Melayu pada hari ini terutamanya golongan muda masih mentah dalam menyelami ilmu kesihatan batin dan mereka sedikit pun tidak kisah tentang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu tersebut kerana bagi mereka itu semua tidak penting. Inilah sikap yang perlu dielakkan. Adat dan budaya Melayu harus dikekalkan sampai bila-bila. Siapa bilang lelaki Melayu tidak menawan? Jika kena pada caranya, tentu lelaki Melayu juga dapat bersaing dengan golongan yang lain.

Kajian menunjukkan ramai lelaki di Asia mengalami masalah tenaga batin dan golongan Melayu juga tidak terkecuali. Itulah kenyataan yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Faktor tekanan hidup dan aktiviti kurang sihat telah menjadi punca. Kadar perceraian pula semakin meningkat dari hari ke hari. Ada pula kes isteri makan luar apabila si suami tidak mampu memberi kepuasan kepada mereka dan ini memberikan kesan yang buruk kepada sesebuah institusi perkahwinan itu. Di pasaran pula terdapat pelbagai jenis ubat yang kononnya menawarkan 'pemulihan' kepada penyakit lemah syawat lelaki. Sejauh manakah keberkesanannya dan apakah akibat daripada pengambilan pil sampingan itu? Berbincanglah sebaik-baiknya dengan doktor pakar sakit tuan jika anda mengalami masalah 'mati pucuk'.

Sebagai seorang lelaki, kita harus membuat keputusan yang bijak. Jangan sampai merana diri. Ada pula yang mempercayai urutan batin juga dapat membantu menguatkan kembali alat 'keperkasaan' lelaki. Awas! Terdapat tukang urut yang kononnya menawarkan khidmat urutan batin tetapi sebenarnya ianya ternyata bertujuan lain. Ianya lebih kepada 'perkhidmataan seks' sampingan. Jika terpaksa menemui tukang urut yang 'sebenar', carilah yang benar-benar pakar dalam mengurut anggota sulit lelaki. Bukan setakat pakai minyak matahari ataupun losyen. Jangan sampai tersalah urut kerana kesannya boleh membawa ke jangka masa yang panjang. Bagi pendapat peribadi penulis sendiri, eloklah sahaja diamalkan petua orang dahulu kala tanpa mengambil ubat-ubatan moden mahupun berjumpa dengan tukang urut 'palsu' yang bercambah di pasaran sekarang ini. Senaman batin seperti teknik kamasutra dan 'seni harimau' juga dapat diamalkan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Berikut adalah petua-petua serta pantang larang yang dapat membantu meningkatkan pengetahuan kita berkaitan dengan ilmu batin. (rujukan dari internet dan juga maklumat yang diperolehi oleh penulis melalui rakan-rakan) Semoga ianya dapat membantu meningkatkan kesihatan batin bagi diri anda.

1. Jangan amalkan minum air batu terlalu kerap kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
2. Setelah selesai makan nasi, barulah minum air melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. Sebaik-baiknya biarlah makanan atau minuman yang dikeluarkan di dalam peti sejuk dibiarkan terdahulu selama sekurang-kurangnya 10-15 minit.
4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah semput ketika berjimak.
6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau melakukan kerja berat. Berehat terlebih dahulu sehingga badan sejuk sedikit, kemudian baharulah minum air.
7. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia akan melemahkan zakar serta makanlah nasi yang telah dipanaskan bukannya nasi sejuk.
8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
9. Elakkan diri dari meminum air selepas jam 11.00 malam walaupun ianya air panas kerana ia akan otot pinggang menjadi lemah dan membawa kepada sengal badan.
10. Jangan sesekali buang air ditempat yang mempunyai air bertakung.
11. Hindari melancap atau beronani kerana ia seperti memaksa air mani keluar dan ianya hanya akan melemahkan otot zakar.
12. Jangan biarkan zakar tertindih ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
13. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
14. Jangan berjimak di dalam air.
15. Jangan terus cepat membasuh zakar selepas bersetubuh, ini kerana akan menjadikan kehangatannya turun mendadak. Rehat dahulu selama 5 minit kemudian barulah dibasuh.
16. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana ia boleh mengakibatkan mati pucuk.
17. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
18. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga.
19. Jangan asyik melentokkan zakar ke depan dalam seluar dalam, tetapi sesekali cuba tegakkan kepalanya di atas. Dengan cara ini, ia terletak dengan elok dan kalau ia bangun sekalipun, ia bangun dalam posisi baik sekali.
20. Jangan cepat malu, cemburu dan merendah diri kerana ia akan hanya merubah penampilan kita menjadi lemah.





adakah anda seorang lelaki hebat di ranjang?






setahap manakah kepuasan yang telah anda kecapi bersama dengan pasangan anda?




 

15 January 2011

Fobia dengan angka 4 - Suratan atau kebetulan ?

Dalam hidup aku setakat ini, banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan ada kaitannya dengan angka 4. Aku menjadi fobia dengan nombor ini. Jika diberi pilihan, aku akan cuba mengelak diri daripada memilih angka berkenaan. Namun aku sedar kita tidak harus menyalahkan takdir jika sesuatu itu berlaku. Aku percaya dengan aura atau naluri. Sudah jelas terbukti bahawa angka 4 tidak bersesuaian dengan diri aku. Seperti tahun lepas contohnya, dugaaan yang paling teruk berlaku dalam hidup aku melanda pada 14/4. Terlalu pahit untuk dikenangkan.

       Masyarakat Cina juga percaya bahawa angka 4 tidak bagus untuk Feng Shui mereka kerana ia membawa maksud mati. Angka 4 dianggap sebagai angka sial di China, Korea, dan budaya Jepun kerana hampir bunyinya dengan "mati" . Oleh itu, banyak produk kini tidak menggunakan angka "4": Telefon Nokia misalannya (tidak ada siri yang bermula dengan 4), [PDA, siri Canon PowerShot G (selepas G3 terus G5), 
     Di Asia Timur, beberapa bangunan tidak memiliki tingkat 4. (Dibandingkan dengan amalan Barat dari beberapa bangunan yang tidak mempunyai lantai 13 kerana 13 dianggap sial.) Di Hong Kong, beberapa bangunan tinggi tempat tinggal tidak dinamakan dengan "4", misalnya 4, 14, 24, 34 dan semua 40-49 lantai, di samping tidak memiliki tingkat 13. Sebagai hasilnya, sebuah bangunan yang setinggi 50 tingkat jumlah sebenarnya mungkin hanya 35 tingkat.
      Secara fizikal. Nombor 14 dianggap sebagai salah satu nombor malang. 14 Walaupun biasanya kata dalam bahasa Mandarin sebagai "shi si," yang terdengar seperti "sepuluh mati", itu juga boleh dikatakan sebagai "yi Si" atau "yao Si" yang mana "satu empat". Jadi, 14 juga boleh dikatakan sebagai "si yao," "satu empat," tetapi juga terdengar seperti "ingin mati". Di dalam Kantonis, 14 terdengar seperti "sap6 sei3", yang terdengar seperti "sat6 sei2" yang bererti "pasti mati".
     Tidak semua orang China menganggap hal itu menjadi nombor sial kerana sebutannya berbeza di antara pelbagai dialek. Dalam Chiu Chow, 4 diucapkan sebagai "melihat" atau "ya". Hal ini terlihat menjadi angka keberuntungan kerana orang-orang cina seperti hal-hal di pasang (empat akan sama dengan dua pasang). Namun, tahyul mengenai nombor dari orang-orang China telah diterima pakai oleh orang-orang Kantonis lain.


Bagi yang beragama Islam pula, tentunya kita beranggapan yang itu semua khurafat atau mengarut. Bila dah terjadi pada diri aku sendiri, barulah aku mengerti kenapa aku harus berhati-hati dengan nombor 4. Memang banyak perkara buruk yang terjadi bila melibatkan nombor 4. Samada di rumah, tempat kerja mahupun urusan keluarga. Semalam pula 14hb dan telah terjadi perkara yang aku kesali kerana tidak berhati-hati.










Pernah suatu masa dahulu, aku membeli motorsikal yang mempunyai nombor pendaftaran 4151. Sepanjang aku memiliki motorsikal tersebut, aku telah beberapa kali terlibat dalam kemalangan jalanraya namun mujurlah aku masih selamat. Aku bukanlah seorang mat rempit . Sayang juga nak jual motorsikal 125z aku itu pada mulanya tapi terpaksa sebab nak beli kereta. Rosak jangan cakaplah. Dah banyak aku berhabis kat motor ni. Namun banyak juga jasa motor ni kat aku. Sebelum beli si kontot, motor nilah yang membawa aku dari Kedah ke KL. 5 jam baru sampai. Semua tu tinggal kenangan dalam hidupku.





Bulan April pada tahun-tahun sebelum ini, aku akan mengalami demam panas dan batuk sehinggakan hampir seminggu barulah sembuh. Mujurlah plat kereta aku sekarang ini tidak mempunyai angka 4. Begitu juga dengan nombor telefon bimbit dan nombor rumah. Di antara kesemua adik-beradik dan ibu aku, tiada yang menyambut hari lahir pada angka 4 samada hari, bulan dan tahun.

Kita semua mempunyai pilihan tentang apa yang kita mahukan. Seperti yang aku katakan, nombor 4 bukanlah angka yang 'kena' untuk diriku. Apakah ianya suratan atau kebetulan?
     

11 January 2011

Lepas gian

Lebih kurang seminggu aku tak tulis blog. Tak berapa ada mood. Mungkin faktor kesihatan dan kerja yang tidak mengizinkan. Terlintas di hati nak mencoret sesuatu di blog ini memandangkan tarikh hari ini sangat menarik iaitu 11/1/11. Cantik kan nombor itu?

Sekarang ini musim selsema dan demam. Ubat jangan sesekali dilupakan. Maklumlah sekarang kan masih di awal tahun baru jadi memang penting sekali untuk menjaga kesihatan diri.

Semalam aku ke pasaraya besar, Carrefour Ampang. Teringin pula nak makan bihun goreng dan aku malas untuk tapau. Untuk melepaskan gian tersebut, kenalah masak sendiri. Tak banyak pun bahan yang aku beli. Cukuplah sekadar diri sendiri yang nak makan.

Isu minyak masak belum lagi berakhir. Minyak kelapa sawit masih lagi tidak kelihatan dijual di Carrefour. Pelik juga dengan sikap segelintir dari masyarakat kita yang suka menyorok barang. Bila dengar harga nak naik sikit jer, terus mereka menyimpan stok tersebut. Akibatnya, para pengguna lain yang menjadi mangsa. Mujurlah aku dah beli bekalan minyak masak sejak awal lagi. Kena beringat sebelum terjadi.

Sebungkus bihun habis digoreng. Sempat lagi bawa ke tempat kerja untuk menjamu kawan-kawan makan. Semoga murah rezeki aku nanti. Banyak lagi juadah lain yang aku ingin belajar. Memasak merupakan salah satu terapi yang aku rasakan begitu membantu. Rasa puas hati dan gembira apabila melihat hasilnya. Jangan cakap lelaki bujang hanya tahu makan di luar dan tak pandai memasak tau. Belajarlah selagi termampu.


                                                Nak rasa ke? Boleh ajer...

02 January 2011

Aku berjaya cipta rekod!

Hari ini dah masuk hari ke-2 di bulan Januari tahun 2011.
Sarapan tengahari aku ialah ayam Nando's. Sedap dan lazat.
Lokasi yang menjadi pilihan : Restoran Nando's, Pavilion KL.



Tengahari begini tekak terasa begitu nyaman sekali apabila sedutan pertama masuk ke dalam kerongkong.  


Ayam dihidangkan bersama kentang goreng. Terliur dah waktu nie. Perut tengah lapar...




Sememangnya aku harus memberi ganjaran kepada diri sendiri kerana tahun lepas aku berjaya mencipta rekod iaitu tidak mengambil cuti sakit. No MC okay. Yang penting kesihatan diri perlu dijaga supaya prestasi kerja sentiasa cekap dan mantap. Wah. Mantap kew? Hehe. Tahun ni pula aku mengharapkan agar ianya lebih baik.