detik terindah yang ku impikan...
Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung akan tetap ku daki.
17 December 2011
15 December 2011
Lagu pilihan hari ini
Usah Bertanya Lagi - Siti Fairuz
Ku lindung kepiluan hati ku
Agar tiada siapa yang tahu
Di sebalik senyum mesra
Di sebalik gurau senda ku terluka
Engkau kagum melihat sikap ku
Yang tenang selalu
Tapi hakikatnya ku amat kecewa
Dalam senyum ku sengsara
Usah berkirim salam melalui teman mu
Usah bertanya lagi tentang diri ku
Usah diungkit-ungkit kisah nan lalu
Usah kau kenangkan saat-saat manis
Yang pedih menghiris
Masih kau terlalu ku sayangi
Walau aku ingin kau kembali
Namun kerana harga diri
Biarlah ku pendam hasrat hati
Ku lindung kepiluan hati ku
Agar tiada siapa yang tahu
Di sebalik senyum mesra
Di sebalik gurau senda ku terluka
Engkau kagum melihat sikap ku
Yang tenang selalu
Tapi hakikatnya ku amat kecewa
Dalam senyum ku sengsara
Usah berkirim salam melalui teman mu
Usah bertanya lagi tentang diri ku
Usah diungkit-ungkit kisah nan lalu
Usah kau kenangkan saat-saat manis
Yang pedih menghiris
Masih kau terlalu ku sayangi
Walau aku ingin kau kembali
Namun kerana harga diri
Biarlah ku pendam hasrat hati
Bakat yang terpendam
Baru-baru ini aku telah menghadiri kursus jahitan selama 3 hari di Pusat TEKUN Nasional. Takder niat pun nak jadi tukang jahit cuma saja untuk mengisi masa lapang. Aku sebenarnya sejak dari kecil lagi meminati seni sulaman dan jahitan. Pernah dulu semasa zaman kanak-kanak, aku telah mencuri-curi pakai mesin jahit Singer ibu aku. Habis aku kerjakan sampai rosak. Opps! Dah pecah lobang plak. Masa tu tak reti apa-apa. Segala kain termasuk tuala pun aku jahit. Mau tak jahanam. Huhu. Nasib baik ibu aku tak melenting cuma aku kena marah dan diberi nasihat. Terima kasih ibu.
Kini bila dah dewasa, bila aku kenangkan memori lama, aku tersenyum sendirian. Peluang untuk belajar secara percuma ini telah aku gunakan dengan sebaik-baiknya. Tangan dan kaki pun dah lama tak pegang mesin jahit. Bila dah dapat tu apa lagi, seronok tak terkata.
Kami telah diajar untuk membuat pelbagai jenis teknik jahitan dan sulaman. Yang lebih menarik apabila kami turut diberi peluang untuk membuat projek khas seperti bantal mini dan beg kantung.
Antara jahitan yang telah aku pelajari ialah seperti berikut.
dan tak ketinggalan juga, sulaman yang menggunakan mesin...
Projek bantal cermai yang telah aku hasilkan...comel sangat bantal nie.
Tak disangka yang aku mempunyai bakat menjahit. Lelaki pun boleh taw! jangan tak cayer. Mungkin bakat yang terpendam itu perlu diasah dan digilap supaya ia dapat menghasilkan sesuatu yang indah. Ewahhh!
Terima kasih kepada saudara Razzi yang bersusah payah mengajar aku dan peserta yang lain selama 3 hari di bengkel TEKUN.
Bengkel seperti ini ternyata memberi peluang kepada semua golongan masyarakat untuk menjana pendapatan dan ekonomi negara. Syabas diucapkan kepada pihak-pihak yang terbabit secara langsung dalam menyadiakan Pusat Latihan Jahitan TEKUN Nasional ini.
Sekarang aku berazam untuk mempelajari bidang jahitan ini secara mendalam lagi. Bila dah mahir nanti, bolehlah aku cari wang lebih dengan mengambil upah menjahit. Kepada sesiapa yang ingin mempelajari teknik jahitan dan sulaman, jangan lupa menghubungi Pusat Tekun yang berhampiran dengan kawasan anda.

06 December 2011
Coretan hatiku
Sepi ini mengajarku erti ketabahan dan kedewasaan. Aku sudah terbiasa dengan bicara manis yang menghiris kalbu. Biar kisah sedih semalam menjadi satu pengajaran. Aku tahu bahawa teman di waktu gembira mudah dicari tetapi bila berduka, hanya aku sendiri yang menanggungnya. Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh. Bila sudah kering pastinya akan gugur. Begitu juga dengan hati yang rapuh ini. Tidak tergoyah keimanan ini walau selautan kasih yang dia berikan kepada ku itu tidak ikhlas. Ingin rasanya aku ketepikan rasa cinta pada seseorang kerana bimbang hilangnya setia bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria. Masa nan lalu mendewasakan diri dari mengulangi kesilapan semalam. Ku teruskan jua langkah ini demi sebuah kehidupan.
26 November 2011
Lirik lagu pilihan- Cinta Harus Memiliki
Anuar Zain - Cinta Harus Memiliki
Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan
Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Lalu ke mana kan ku cari
Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jatuh ku terluka
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah.. oh..
Hati terasa sakit..
25 November 2011
Berusaha dan berserah
Waktu semakin pantas berlalu. Dah sebulan aku menjadi penganggur. Inilah nasibku. Setiap saat dan detik teramat berharga sekali.
Aku perlu segera mendapatkan pekerjaan. Tak sanggup lagi rasanya aku hanya terperap di rumah sahaja. Itu bukan aku. Argghhh. Tidak..
Namun aku masih percaya yang rezeki itu sentiasa ada cuma aku harus berusaha lebih keras lagi untuk mencapai apa yang aku impikan. Peluang semasa temuduga akan aku gunakan dengan sebaiknya. Sasaranku, bulan Disember ini akan menjanjikan sebuah lembaran baru di dalam hidupku.
Aku berserah pada Mu...

16 November 2011
turut bersimpati
Aku bersimpati sekali pada apa yang telah berlaku baru-baru ini ke atas sahabat kakak aku. Beliau telah kehilangan laptop, kamera digital dan juga bb. Hanya kerana sedikit kecuaian. Ceritanya bermula begini.
Akak S ni telah mendapat tawaran kerja di Shah Alam. Beliau yang tinggal di Kedah kelihatan begitu gembira selepas mendapat berita ini. Beliau telah mencari bilik sewa di sebuah laman web. Setelah menghubungi nombor yang tertera, beliau pun pergi ke rumah tersebut. Satu pasangan melayu
menyambutnya. Setelah bersetuju, beliau telah membayar duit sewa dan deposit kepada pasangan A terbabit. Selepas 5 hari menduduki rumah tersebut, beliau telah dikejutkan dengan kehilangan barang-barang berharga. Rumahnya telah dimasuki pencuri. Beliau hanya mampu menangis. Apa yang pelik, tiada kesan pecah langsung seolah-olah semua pintu telah dibuka menggunakan kunci. Laporan polis telah dibuat selepas kejadian itu. Kes masih lagi didalam siasatan pihak berkuasa. 2 hari yang lepas, seorang lelaki India yang mendakwa dia adalah pemilik rumah tersebut datang dan ingin mengusirnya keluar. Rupa-rupanya pasangan melayu yang mengaku sebagai tuan rumah itu adalah penyewa di rumah itu dan sudah 2 bulan mereka tidak membayar duit sewa rumah kepada lelaki India tersebut. Mereka ternyata menyamar sebagai tuan rumah dan telah melarikan duit akak S. Besar kemungkinan juga mereka yang memasuki rumah itu dan mencuri barang-barang kepunyaaan akak S.
Sudah jatuh ditimpa tangga..begitulah nasib yang menimpa diri akak S. Hanya kerana beliau tidak menukar kunci padlock, beliau hilang barang-barang berharga. 2 laporan polis telah dibuat bagi mencari pasangan tersebut.
Pengajaran dari kejadian ini adalah, tukar kepada kunci yang lain apabila anda menyewa rumah. Dapatkan butiran lengkap tentang tuan rumah supaya tiada masalah yang timbul kelak.
Semoga kes ini dapat diselesaikan segera. Berhati-hatilah dengan siapa yang anda berurusan....

Subscribe to:
Posts (Atom)