Baru-baru ini juga,Perayaan Kuih Bulan telah disambut oleh masyarakat Cina di negara kita dan juga di seluruh dunia. 2-3 hari yang lepas, aku telah menerima sekotak kuih bulan dari boss aku. Setelah meneliti kotak dan kandungan kuih bulan tersebut,barulah aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Sebabnya ialah kuih bulan tersebut mempunyai cop halal yang diiktiraf kandungan bahan-bahannya. Tambahan pula kuih bulan tersebut dijual oleh syarikat Amway. Dapatlah aku makan tanpa ada keraguan. Maklumlah, sebagai umat Islam, kita harus memilih apa yang terbaik buat diri kita bak kata Dato' Ustazah Siti Norbahyah,anda buat anda dapat.





Jarang-jarang aku dapat peluang merasai kenikmatan kuih bulan yang halal seperti yang ini. Enak,kurang manis dan sememangnya cukup rasa. Sebelum ini aku pernah juga mencuba kuih bulan berperisa durian. Sesuatu yang berlainan tetapi aku lebih suka yang asli ataupun mengandungi telur masin serta biji teratai. Itulah citarasa aku bila bercakap mengenai kuih bulan. Sesiapa yang belum mendapatkannya lagi,pastikan anda memeriksa dahulu logo halal yang telah disahkan kualitinya. Cuba try dan pasti anda akan suka.
















