28 October 2010

faktor cuaca

Dah seminggu lebih aku pulang dari Phuket. Bila kembali bekerja,sudah tentu keadaannya berbeza. Sibuk dengan tugasan yang perlu disiapkan. Tiada masa untuk menulis blog.Hari ini aku terasa seperti demam. Selsema sikit. Panadol membantu mengurangkan rasa seram sejuk pagi tadi.

Percutian di Phuket tempohari memang sangat menyeronokkan. Ternyata aku berpuas hati walaupun cuma 4 hari berada di sana. Banyak tempat-tempat menarik yang aku kunjungi dan terokai. Jika di tanya adakah aku akan ke sana lagi? Jawapannya ialah ya. Ada beberapa kenangan manis sepanjang berada di sana yang takkan aku lupakan. Biarlah ianya menjadi rahsia peribadi sepanjang hidupku ke tempat orang. Bila dah balik ke sini terasa lain plak. Mungkin faktor cuaca dan persekitaran yang membezakannya.



















17 October 2010

berehat seketika

Memandangkan aku akan pergi bercuti mulai esok sehingga 22hb ni,aku akan berehat seketika dari menulis blog. Gambar-gambar percutian ke Phuket nanti akan dimuat turunkan sekembalinya aku ke Malaysia. Semoga perjalananku selamat sampai dan selamat kembali.


16 October 2010

semakin teruja

Aku semakin teruja menantikan hari Isnin tiba. Apa tidaknya. Seperti seakan terdengar panggilan pulau yang menyahutku untuk berkunjung ke sana. Dan sudah semestinya Phuket yang menjadi pilihan pada kali ini.




Waktu rehat tengahari tadi, aku telah pergi ke Money Changer untuk menukar mata wang ringgit ke baht. Bimbang nanti tak sempat pula memandangkan cuma ada sehari saja lagi aku bekerja. Sekadar membawa wang berbelanja ala kadar. Takut pula nanti terbeli barangan yang tidak perlu.




Percutian ini adalah sesuatu yang aku amat nantikan sejak sekian lamanya. Aku memang sukakan keindahan pantai dan pulau di Phuket biarpun aku belum pernah ke sana. Hanya melalui majalah dan laman web aku menerokai maklumat tentang Phuket. Sekali lagi,syarikat penerbangan Air Asia menjadi pilihan. Murah dan selesa.

14 October 2010

Pilihan yang empunya

Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah yang besar,cantik dan selesa. Bagi aku pula tepuk dada tanya diri sendiri. Samada kita membeli atau menyewa biarlah mengikut kemampuan kewangan diri kita. Jangan pula nanti menjadi satu bebanan. Dah hampir 5 bulan aku menyewa di Apartment ini. Meskipun jauh sedikit tetapi jiwa aku tenang kerana kawasan persekitarannya yang menghijau dan tidak bising kerana ianya terletak di atas bukit.



Di sini aku masih lagi boleh melihat keindahan bangunan KLCC dan menara KL biarpun dari jauh.



Dekorasi aku begitu simple sekali. Aku gemarkan sesuatu yang mudah dijaga terutama bagi lelaki bujang seperti aku. Himpunan majalah dekorasi yang memudahkan aku mencari idea dan sumber ilham dalam menghias rumah sedikit sebanyak turut membantu.






Aku percaya bahawa rumah memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan ketenangan minda dan rohani pada diri seseorang. Ada pula di kalangan kita yang langsung tidak mengambil kisah dengan keadaan persekitaran rumah mereka. Aku amat cerewet bila bercakap tentang soal kebersihan. Mana tidaknya,sejak dari kecil lagi aku telah dilatih oleh ibu aku untuk membuat kerja-kerja rumah. Memang perlu bagi setiap individu itu untuk belajar berdikari supaya mereka dapat merasai sendiri akan pahit manisnya kehidupan ini.

13 October 2010

Jangan dimanjakan sangat

Dah 3 hari aku kena demam selsema. Nasib baik masih ditahap yang ringan. Setakat sakit tekak dan rasa lenguh-lenguh badan. Puncanya disebabkan tak cukup tidur dan juga faktor cuaca. Panas sekali diluar hingga menyebabkan aku malas nak keluar dari rumah.



Berkurung dalam rumah sambil mencari aktiviti yang harus dilakukan. Aku tidak boleh hanya makan tidur walaupun badan tak berapa sihat. Jangan manjakan diri sangat. Itu prinsip aku.
Kebetulan aku cuti selama 2 hari. Sempat menyusun atur semula perabot diruang tamu. Dah hampir 5 bulan aku menyewa di apartment ini. Justeru itu aku perlukan satu perubahan supaya tak rasa bosan nanti. Rumah bukanlah setakat tempat tinggal sahaja tetapi rumah juga memainkan peranan utama dalam memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian kita.

Bila badan tak sihat ni,selera makan pun berkurangan. Aku banyak minum air kosong supaya kulit tak terasa kering. Teringatkan lobak merah didalam peti sejuk maka aku pun terfikir juga apa salahnya jika dijadikan jus.




Pengisar pun dah lama tak digunakan untuk membuat jus. Puas hati akhirnya dapat juga aku minum jus lobak merah+susu mengikut citarasa aku sendiri.





Petang semalam pula aku ke KLCC. Dah beberapa bulan rasanya aku tak ke sana. Saja hendak berjalan-jalan di taman KLCC sambil melihat kehijauan alam dan air pancutan di sana. Seronok juga kadangkala apabila melihat gelagat pengunjung di sana. Sedikit sebanyak ianya menghiburkan. Taman KLCC juga merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk dijadikan aktiviti beriadah samada bersendirian ataupun bersama teman-teman dan juga keluarga.

10 October 2010

coba-coba dahulu

Dah hampir 2 minggu aku mencuba losyen yang aku beli tempohari. Kononnya nak juga kelihatan menarik maklumlah selepas raya ni dah berselera macam biasa balik,jadi perut pun mulai timbul. Risau juga aku bila melihat diri sendiri di cermin. Takut pula tak dapat pakai t-shirt dan seluar jean yang sendat nanti. Minggu lepas sempat aku timbang berat badan. Masih lagi 56kg. Sama seperti sebelum puasa dahulu. Syukurlah. Kira okay la tu sebab sebelum ni berat aku pernah mencecah 63kg tapi itu 3-4 tahun yang lepas. Sekarang aku lebih menjaga segala pemakanan dan kesihatan diri dengan sebaiknya. Kurangkan pengambilan minuman ringan bergas dan juga makanan berlemak tinggi.

Sebenarnya ramai lelaki diluar sana yang tidak tahu bahawa losyen pati halia dan limau nipis juga dapat membantu mengempiskan perut dan membuang angin didalam badan. Sebelum ini aku menggunakan losyen dari jenama yang lain dan ianya terbukti berkesan. Kali ini pula,akak yang menjual produk kecantikkan tu menyuruh aku mencuba produk keluaran dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Fikir punya fikir aku pun beli.





Tak salah kalau mencuba kan? Memang ada perubahan yang dirasai sebab seluar yang dulu sendat kini aku dah boleh pakai. Bukan setiap hari aku melakukan senaman di gim jadi cara inilah yang cepat dan mudah.


Rasanya selepas ini,badan aku boleh jadi macam ni tak?



#sekadar gambar hiasan




Verangan jela..nak macam ni kena berusaha lebih gigih lagi.

08 October 2010

aktiviti di hari Jumaat

Tetiba pula aku terasa rajin nak menyediakan sarapan pagi hari ni. Bangun macam biasa je walaupun semalam aku tidur jam 2 pagi sebab menonton DVD yang aku pinjam dari member tempat kerja 2 hari lepas. Hasilnya, nasi goreng cina yang menjadi santapan aku sebelum ke tempat kerja.



Dulu memang aku nak pergi menonton filem ni tapi masa tu sibuk sangat sampai terlupa. Kebetulan pula ada member yang baik hati nak pinjamkan jadi aku pun apa lagi. Kan. Enjoy walaupun tengok sorang diri kat rumah.





Pokok kaktus aku kat luar rumah pun dah semakin membesar. Syukurlah sebab kali ini memang aku jaga betul pokok kaktus yang aku beli dari IKEA beberapa tahun yang lepas.





Sebelum ini pernah beberapa pokok kaktus mini aku mati akibat daripada terlebih minum air. Aku memang seorang penggemar kaktus. Tambahan pula bila terjumpa pokok kaktus yang berwarna warni, pasti aku akan singgah untuk melihatnya. Kalau hati berkenan sudah pasti terus tapau. Semenjak pindah ke rumah sekarang ni aku dah tak berapa berminat untuk menanam pokok pasuan yang lain. Entahlah. Dulu masa tinggal kat kondominium lama memang penuh balkoni tu dengan pokok pasuan dan batu sungai. Sekarang plak..susah nak cakap. Perasaan rindu untuk berkebun masih menebal didalam jiwa aku.





Mungkin juda faktor keluasan yang menjadi halangan. Apa-apa pun yang nak dilakukan,perlu ada minat dan usaha barulah membuahkan hasil.

06 October 2010

Aku juga bisa nangis





Aku bukanlah Superman..aku juga bisa nangis. Lagu itu memang kena pada diriku ketika ini. Itulah yang terjadi kepada diriku beberapa hari yang lepas. Terasa begitu sedih sekali kerana terpaksa melupakan seseorang yang pernah aku sayangi suatu masa dahulu. Aku perlu terima hakikat bahawa aku dan si dia tak mungkin dapat bersatu. Aku hanya dapat menjejakinya di dalam FB kawan aku. Tak sangka pula itu adalah dia. Masa yang pantas berlalu bagaikan tak sedar semua kenangan bersamanya telah tercipta hampir 15 tahun. Aku tidak menyimpam sedikit dendam pun kerana aku redha dengan apa yang berlaku. Biarkan dia berbahagia dengan insan pilihannya kerana jika itu adalah yang terbaik maka relakan saja. Tentang diriku pula, biarkan masa yang menentukan. Selagi aku masih bernafas, selagi itulah takkan terhenti percarianku ini. Aku berharap di suatu hari nanti aku kan bertemu dengan seseorang yang ikhlas menyayangiku dan menerima diriku seadanya. Buat masa ini, aku perlukan sokongan teman-teman supaya aku dapat mengumpul semula kekuatan dalam diriku untuk terus mengharungi hidup.

03 October 2010

Sempat lagi ke tak nie?

Semalam aku lepak-lepak dengan member di Restoran Kayu Nasi Kandar,Ampang sambil membincangkan tentang percutian ke Phuket nanti. Hujan begitu lebat sekali dalam perjalanan nak balik ke rumah. Kotor lagi la kereta aku walaupun baru saja digilap dua hari yang lalu. Singgah sekejap membeli roti Gardenia sebab terfikir nak bawa bekal esok pagi.







Memandangkan aku begitu nyenyak tidur dan tambahan pula cuaca dingin,bila dah kunci penggera jam pun masih terasa malas nak bangun. Bila tersedar, alamak!jam dah hampir menunjukkan pukul 8 pagi. Sempat lagi ke tak nie?
Dengan keadaan yang masih mengelamun,sepantasnya aku terus bangun menuju ke peti sejuk dan menyediakan bahan-bahan untuk nak masak pagi ini. Roti sardin? Hmm,nampak gayanya begitulah.




Syukurlah kerana sarapan pagi aku siap dalam tempoh hanya 15minit.




Nasib baik hari Ahad,kenderaan tak banyak dan aku sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya.

02 October 2010

tak sabar nak terbang lagi

Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki bulan Oktober. Lebih kurang 3 minggu lagi aku akan bercuti ke Phuket. Hooray..






tak sabar nak menunggu. Hotel dan urusan tiket semuanya sudah diuruskan cuma tinggal beberapa perkara lain yang perlu aku lakukan. Bukan mudah untuk pergi bercuti ke luar negara. Pengalaman di Bali dahulu sudah cukup memberi satu pengajaran dan kali ini aku mahukan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga cuti aku nanti meninggalkan pengalaman manis yang amat bermakna bagi tahun 2010 ini.


Kau cahayakan kegemerlapanku

Minggu lepas aku ke rumah terbuka Aidilfitri di Pelabuhan Klang. Tak tercapai juga hasrat nak makan lemang. Namun aku bersyukur sangat sebab dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah makanan yang lazat. Antaranya ialah nasi lemak,bihun goreng Singapura,nasi himpit,mee goreng dan rendang ayam. Berbaloi-baloi bila dapat makan setelah terperangkap selama 2 jam di Puchong dan Shah Alam. Menyesal sebab lupa bawa smart tag bila masuk highway. Tak sangka pula yang banyak betul kenderaan pada malam itu. Apapun aku tetap gembira kerana selamat sampai ke rumah terbuka Abg Mat.

Balik daripada Pelabuhan Klang,aku terus memandu ke Seksyen 7,Shah Alam. Teringin benar nak tengok keindahan warna warni i-City yang diceritakan kepadaku. Sebelum ini aku hanya terpegun melihat gambar teman-teman FB yang telah berkunjung ke sana. Sebenarnya tidak susah pun untuk mencari tempat ini. Hanya sedikit kesabaran yang diperlukan. Cuaca agak lembap sedikit setibanya aku di sana disebabkan hujan pada sebelah petangnya. Cuma perlu membayar RM10 untuk masuk ke kawasan i-City.















Wow! Itulah perkataan pertama yang terpacul dari bibirku apabila menyaksikan keindahan ribuan cahaya warna warni yang memukau pandangan. Terasa seperti berada di luar negara pula. Aku hanya berada di sana selama 2 jam sahaja memandangkan keesokkan harinya aku bekerja. Wajah-wajah ceria manusia disulami derai tawa mereka memenuhi setiap ruang. Kebetulan pula malam minggu. Masih belum puas lagi bergambar dan yang pastinya, aku akan kembali semula.