31 December 2010

Dapat 'ayam' percuma






Syukur Alhamdulillah.
Hari ni aku dapat kupon makanan percuma. Bestnya dapat makan 'ayam' Nando's yang lazat dan menyelerakan walaupun bukan sekor. Yang pentingnya kan. Lokasi yang aku akan pilih.....mungkin di KLCC. Aku kena gunakan kupon tersebut sebelum 5hb Jan 2011.
Ada juga perkara baik berlaku dalam hidup aku di hari terakhir tahun 2010 ini. Semoga sampai detik 12 tengah malam nanti segalanya berjalan dengan lancar.  

Besok pula lembaran baru akan tertulis buat tahun 2011.

30 December 2010

tragedi 'hantu minyak'

Dah aku cakap tahun 2010 memang banyak perkara yang tak diingini berlaku dalam hidup aku. Diari tahun ini aku tutup dengan kejadian berikut. Namun semua itu dugaan kan. Ya. Dugaan yang amat mencabar sekali. Dan yang terbaru ialah petrol aku telah dicuri oleh seseorang yang aku namakan sebagai 'hantu minyak.' Geram aku. Nasib baik tergerak hati malam tu supaya tak isi minyak. Kalau tak, memang raya sakan la si pencuri lahanat tu.

Ceritanya bermula apabila aku ke rumah kawan di sebuah kondominium berhampiran yang terletak di Bukit Indah, Ampang. Nak parking kerete kat dalam pula penuh, maka terpaksalah letak kat luar kondo tersebut. Gelap juga kawasan itu sebab lampu jalan rosak (waktu malam). Tak sangka pula sesuatu telah berlaku masa aku berada di rumah kawan. Pencuri itu mula menjalankan tugasnya. Waktu aku nak balik, tak pula mengesyaki apa-apa kerana bila dah hidupkan enjin, kereta aku bawa macam biasa hinggalah sampai ke rumah. Pagi nak pergi kerja, terkejut beruk aku dibuatnya. Minyak petrol meleleh ke bawah kereta. OMG! Aku perasan yang skru bawah tangki petrol itu longgar sehingga separuh daripada saiznya. Celaka betol.

Siapa punya angkara ni?

Waktu itu aku memang panik giler. Apa taknya. Benda tak pernah berlaku sebelum ni. Aku cuba menenangkan fikiran dengan tidak menyalahkan siapa-siapa. Aku katakan dalam hati ini tentu kerana jalan yang berlubang-lubang telah menyebabkan skru itu longgar. Namun secara logiknya, skru itu memang ketat. Mustahil kan. Lalu aku ambil spanar dan mengetatkan balik skru itu. Dahlah kerja pula. Terpaksalah menunggu keesokan harinya untuk aku ke pusat servis.




Sehingga saat ini. aku masih menyumpah hantu minyak itu. Geram sangat sebab kereta aku yang menjadi sasarannya. Sengkek sangat sampai minyak petrol pun nak curi. Perkara yang aku belajar dari kejadian ini ialah, jangan sesekali meletakkan kenderaan anda di tempat yang gelap walaupun hanya seketika. Segalanya berkemungkinan untuk terjadi.   

25 December 2010

Sekadar suker-suker jew

Hari ini 25hb Disember 2010. Bukan sekadar hujung minggu tetapi juga hari ini, masyarakat yang beragama Kristian menyambut perayaan Hari Natal atau Christmas Day. Memang meriah setiap kali menjelangnya hari Natal ini. Teringin juga sesekali merasakan kegembiraan bermain salji di luar negara. Aku berharap impian itu akan tercapai juga di suatu hari nanti. Di Malaysia sendiri, aku pernah ke Genting Highlands dan memasuki tempat di mana terdapatnya salji tiruan. Sejuk giler dalam tu. Rasa macam nak beku pun ada. Sempat lagi bermain luncur sampai sakit pinggang aku sewaktu menuruni bukit di dalam kawasan itu. Itulah pengalaman manis yang tak dapat aku lupakan.

Aku gemar sekali melihat hiasan yang terdapat pada setiap pokok Krismas. Menarik dan sangat kreatif. Pernah juga aku membeli beberapa jenis perhiasan pokok Krismas untuk menghiasi rumah aku. Tak salah kan sebab itu cuma sekadar suka-suka jer. Sampai sekarang aku masih lagi menyimpan hiasan-hiasan tersebut cuma pada tahun ini saja aku tidak membelinya. Yang lama masih elok dalam simpanan. Sedikit gambar yang dapat aku kongsikan bersama pengunjung blog ini.





Selain dari itu, aku juga gemar melihat bulu burung merak. Ada pula member yang baik hati belikan pada aku. Hepi sangat sebab bulu burung merak ini datangnya dari India. Saksikanlah sendiri. Cantik sangat warnanya.



22 December 2010

2010- Biarkan semua kepahitan itu berlalu


Tidak lama lagi akan muncul tahun 2011. Akan ku tinggalkan tahun 2010 dengan 1001 kepahitan. Bukannya apa. Aku banyak mengalami perkara-perkara yang begitu pahit sekali untuk ditelan berbanding dengan kemanisan. Walaupun semua dugaan yang datang itu memerlukan kekuatan,namun aku harus tabah dan terus cekal menerimanya dengan hati yang terbuka. Pengalaman yang lalu menjadikan aku kini lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara.



Semoga kedatangan 2011 nanti akan mengembalikan kemanisan dalam hidupku dan mencoret ribuan memori yang indah.

13 December 2010

Kiriman bunga dari lelaki Itali

Satu kejutan telah berlaku pada hari ini di mana aku telah mendapat sejambak bunga dari seseorang. Lelaki pun dapat bunga? Hrmm. Dan pengirim bunga tersebut adalah seorang lelaki berbangsa Itali. Apakah maksudnya ittew? Sabar yek. Jangan panik. Di antara 8 orang penerima bunga tersebut, aku merupakan satu-satunya lelaki yang terpilih untuk diberikan bunga. Yang lain tu kesemuanya wanita. Thanx so much Federico. Si lelaki Itali ni telah aku kenali sewaktu dia menyertai sebuah pameran bertempat di satu kawasan elit di Bukit Bintang. Aku ada juga menghulurkan bantuan sewaktu dia berada di Malaysia untuk tempoh hampir 2 minggu. Mungkin itu sebabnya dia mengirimkan bunga sebagai tanda penghargaannya pada aku. Rasa terharu apabila ada orang luar yang lebih menghargai diri kita berbanding dengan orang tempatan. Yang pastinya, pulang ke rumah nanti, bunga tersebut akan ku letakkan di dalam pasu hiasan. He he. I like...


12 December 2010

Berbicara tentang C.I.N.T.A



Tanpa cinta, pastinya hidup kita akan terasa sepi dan tidak bereti. Setiap insan memerlukan cinta dan kasih sayang. Cinta itu begitu indah jika kita saling memahami dan bertolak ansur. Cinta juga bisa membutakan mata dan hati kita sekiranya tidak kena pada masa serta waktunya. Kita sendiri yang menentukan siapakah insan yang ingin kita cintai dan menyayangi. Cinta itu tidak pernah salah jika ianya terjadi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar2 menyintainya setulus hati. Cinta itu wujud tanpa diduga dan lahirnya tiada dipinta. Cinta memberikan seribu satu kemanisan dan ianya juga boleh menjadi racun yang amat bisa. Bagi sesiapa yang ingin merasai nikmatnya cinta, bersedianya untuk menempuhi segala onak ranjau duri berliku. Di dalam kehidupan ini segalanya berkemungkinan akan terjadi. Dan bagi sesiapa yang pernah terluka kerana cinta, ketahuilah bahawa jangan pernah putus harapan untuk mencari pengganti yang lain kerana mungkin cinta yang bakal hadir akan membawa sejuta kebahagiaan berbanding cinta yang terdahulu.

09 December 2010

Letih giler..xde masa nak tulis blog

Dah dekat 2 minggu aku tak boleh ambil cuti sebab sibuk dengan bermacam-macam event. Letih, lunyai dan tak bermaya. Namun kerja tetap kena kerja. Semua janji temu terpaksa dibatalkan kerana aku amat perlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu aku terpaksa melupakan hasrat untuk menulis blog buat seketika sehinggalah aku ada waktu yang lapang.

21 November 2010

7 fakta menarik tentang air mani yang kita perlu tahu

Dalam melayari laman-laman web di internet, aku telah terjumpa fakta yang menarik tentang air mani yang dapat aku dikongsikan bersama pengunjung blog ini.









1. Air mani boleh menyebabkan alergik

Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh. Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga

Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung. Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.

Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.


3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki

Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa
wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi(stress) wanita

Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi

Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis

Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi

7. Sperma Pernah Digunakan untuk Menulis Surat Agen Rahsia (http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=7399567&postcount=296)


Pastinya lepas mambaca info ini, ramai lelaki di luar sana yang tersenyum. Terfikir juga yek, rupa-rupanya air mani itu rasanya berbeza. Tawar, manis, masam dan masin. Sesiapa yang pernah ehem-ehem tu sendirilah menjawabnya kan.

20 November 2010

buhsan dengan selera yang sama jew

Hari ini baru tergerak hati nak menulis blog. Rasa mengantuk pun ada juga. Semalam aku hanya sempat tidur selama 3 jam memandangkan aku ke sebuah kelab yang terletak di Bukit Bintang bersama seorang teman sehinggalah jam 4pagi lebih. Dah lama aku tak menari sambil mendengar lagu-lagu yang diputarkan. Boleh dikatakan sekarang ini hari-hari hujan dan angin terasa begitu dingin sehingga tidur pun kena ada selimut. Tak ramai pula yang mengunjungi tempat tersebut. Adalah dalam 50 orang. Mungkin kerana faktor cuaca dan juga masa. Namun aku puas. Puas kerana dapat menari tanpa ada halangan. Itu kan dikira sebagai senaman untuk mengeluarkan peluh.

Cuti 3 hari baru-baru ini ternyata tidak mengecewakan. Aku menggunakan masa yang terluang itu dengan sebaik-baiknya. Dapat berehat di rumah dengan tenang sekali. Memasak. Itu salah satu kesukaan aku. Masa kat rumah biasanya aku akan mendapat ilham untuk melakukan pelbagai perkara yang baru dan berlainan. Kalau asyik dengan benda yang sama jew tentu akan bowrink gak. Macam kucing juga la, kalau hari-hari makan ikan tentu akan jemu. (macamlah aku faham bahasa kucing kan. hehe)

Untuk itu, aku telah mencipta resepi baru mengikut citarasa aku sendiri iaitu Ayam Masak Dangdut. Makan hingga menjilat jari. Seronok sangat walaupun makan sorang-sorang.




Dan seterusnya, aku telah menghiasi kediamanku ittew dengan meletakkan pokok berpasu di dalam rumah. Terima kasih pada kakak aku yang sudi menderma pokok itu. Rasa tenteram jiwa melihat pokok hidup berada di sudut ruang tersebut ditambahi dengan hiasan batu-batu sungai.

12 November 2010

siapakah yg mengingati birthday ku ittew?

Hari ni aku dah masuk keje macam biasa. Tak puas sebenarnya bila cuti 1 hari saja. Tambahan pula semalam adalah bufday aku. Malam Rabu yang lalu, aku ke Redbox karoeke,The Gardens. Melepaskan perasaan berkaroeke dari jam 8malam sehingga ke 2 pagi. Melalak sendirian.








Itulah yang aku lakukan apabila tiada teman-teman yang mahu meraikan harijadi aku. Rasa sedih dan agak sunyi malam itu. Ucapan rakan-rakan FB ku walaupun cuma 6 orang sedikit sebanyak meringankan kesedihan di hati. Lantas aku bertanya pada diri sendiri' siapakah yang mengingati birthday ku ittew?
Bukan aku meminta apa-apa hadiah pun tapi kalau sekadar ucapan pun sudah memadai sebagai tanda ingatan.

Tahun ini aku dapat makan kek coklat yang ditempah khas dari Hotel Park Royal dan aku juga turut mendapat harga yang paling istimewa.




Semalam pula 2 rakanku sudi mengajakku pergi makan malam di Restoran Kiki Lala yang terletak di Kampung Baru. Seronok sangat bila ada member2 yang belanja makan. Terima kasih daun keladi,kenyang perut senang hati.









09 November 2010

sambut 'Bufday leave'

Aku pun dah tak tau nak tulis apa lagi dalam blog ni. Kebelakangan ni mood tak menentu. Kejap rasa nak update, kejap rasa malas pula. Hrmm,nampaknya ada sesuatu yang mengganggu fikiranku semenjak dua menjak ni. Apapun,biarlah hanya aku yang mengetahuinya.





Lagi 2 hari aku akan meraikan bufday. 11/11 adalah harijadi aku. Dapat cuti 1 hari jew. Cukuplahkan. Cuti bebanyak hari pun tak tau nak gi mana. Malam esok aku akan pergi menguji vokal (karoeke la) bersama rakan2. Dah terlintas dalam hati nak piley lagu apa nanti. Yang pastinya aku akan melalak sampai puas. Barulah berbaloi-baloi kan.

05 November 2010

Aku kesunyian

Beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 32 tahun. Dah beberapa tahun aku tidak merasakan kemeriahannya kerana aku masih sendirian tanpa kehadiran seseorang yang istimewa di dalam hidupku. Hanya teman-teman rapat yang sudi membelikan kek untuk meraikan hari jadiku pada tahun-tahun yang lepas. Sesekali, perasaan ingin menyintai dan menyayangi wujud di dalam diriku tetapi aku takut. Aku begitu takut untuk menyayangi seseorang dan jatuh cinta padanya. Aku tak ingin perasaanku ini dipermainkan dan si dia meninggalkan diriku. Pada sesiapa yang pernah kecewa sebelum ini pastinya akan mengerti perasaan yang aku alami.

Aku tidak menafikan, aku sentiasa kesunyian. Aku hanya dapat memendamkan rasa apabila aku sukakan seseorang itu. Kebanyakkan mereka telah pun mempunyai teman istimewa. Aku tak ingin menjadi orang ketiga. Benarlah kata orang bahawa cinta itu tak bermata. Manusia sering saja menjadi tewas kerana cinta. Hanya mereka yang betul-betul ikhlas memberi dan menerima cinta akan dapat mengharungi segala onak ranjau berduri bersama. Yang pastinya, aku kan sabar menanti kehadiran seseorang yang dapat menerima diriku seadanya kerana aku hanyalah insan biasa yang sentiasa dahagakan belaian mesra nan manja. Semoga masih ada ruang buatku.

28 October 2010

faktor cuaca

Dah seminggu lebih aku pulang dari Phuket. Bila kembali bekerja,sudah tentu keadaannya berbeza. Sibuk dengan tugasan yang perlu disiapkan. Tiada masa untuk menulis blog.Hari ini aku terasa seperti demam. Selsema sikit. Panadol membantu mengurangkan rasa seram sejuk pagi tadi.

Percutian di Phuket tempohari memang sangat menyeronokkan. Ternyata aku berpuas hati walaupun cuma 4 hari berada di sana. Banyak tempat-tempat menarik yang aku kunjungi dan terokai. Jika di tanya adakah aku akan ke sana lagi? Jawapannya ialah ya. Ada beberapa kenangan manis sepanjang berada di sana yang takkan aku lupakan. Biarlah ianya menjadi rahsia peribadi sepanjang hidupku ke tempat orang. Bila dah balik ke sini terasa lain plak. Mungkin faktor cuaca dan persekitaran yang membezakannya.



















17 October 2010

berehat seketika

Memandangkan aku akan pergi bercuti mulai esok sehingga 22hb ni,aku akan berehat seketika dari menulis blog. Gambar-gambar percutian ke Phuket nanti akan dimuat turunkan sekembalinya aku ke Malaysia. Semoga perjalananku selamat sampai dan selamat kembali.


16 October 2010

semakin teruja

Aku semakin teruja menantikan hari Isnin tiba. Apa tidaknya. Seperti seakan terdengar panggilan pulau yang menyahutku untuk berkunjung ke sana. Dan sudah semestinya Phuket yang menjadi pilihan pada kali ini.




Waktu rehat tengahari tadi, aku telah pergi ke Money Changer untuk menukar mata wang ringgit ke baht. Bimbang nanti tak sempat pula memandangkan cuma ada sehari saja lagi aku bekerja. Sekadar membawa wang berbelanja ala kadar. Takut pula nanti terbeli barangan yang tidak perlu.




Percutian ini adalah sesuatu yang aku amat nantikan sejak sekian lamanya. Aku memang sukakan keindahan pantai dan pulau di Phuket biarpun aku belum pernah ke sana. Hanya melalui majalah dan laman web aku menerokai maklumat tentang Phuket. Sekali lagi,syarikat penerbangan Air Asia menjadi pilihan. Murah dan selesa.

14 October 2010

Pilihan yang empunya

Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah yang besar,cantik dan selesa. Bagi aku pula tepuk dada tanya diri sendiri. Samada kita membeli atau menyewa biarlah mengikut kemampuan kewangan diri kita. Jangan pula nanti menjadi satu bebanan. Dah hampir 5 bulan aku menyewa di Apartment ini. Meskipun jauh sedikit tetapi jiwa aku tenang kerana kawasan persekitarannya yang menghijau dan tidak bising kerana ianya terletak di atas bukit.



Di sini aku masih lagi boleh melihat keindahan bangunan KLCC dan menara KL biarpun dari jauh.



Dekorasi aku begitu simple sekali. Aku gemarkan sesuatu yang mudah dijaga terutama bagi lelaki bujang seperti aku. Himpunan majalah dekorasi yang memudahkan aku mencari idea dan sumber ilham dalam menghias rumah sedikit sebanyak turut membantu.






Aku percaya bahawa rumah memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan ketenangan minda dan rohani pada diri seseorang. Ada pula di kalangan kita yang langsung tidak mengambil kisah dengan keadaan persekitaran rumah mereka. Aku amat cerewet bila bercakap tentang soal kebersihan. Mana tidaknya,sejak dari kecil lagi aku telah dilatih oleh ibu aku untuk membuat kerja-kerja rumah. Memang perlu bagi setiap individu itu untuk belajar berdikari supaya mereka dapat merasai sendiri akan pahit manisnya kehidupan ini.

13 October 2010

Jangan dimanjakan sangat

Dah 3 hari aku kena demam selsema. Nasib baik masih ditahap yang ringan. Setakat sakit tekak dan rasa lenguh-lenguh badan. Puncanya disebabkan tak cukup tidur dan juga faktor cuaca. Panas sekali diluar hingga menyebabkan aku malas nak keluar dari rumah.



Berkurung dalam rumah sambil mencari aktiviti yang harus dilakukan. Aku tidak boleh hanya makan tidur walaupun badan tak berapa sihat. Jangan manjakan diri sangat. Itu prinsip aku.
Kebetulan aku cuti selama 2 hari. Sempat menyusun atur semula perabot diruang tamu. Dah hampir 5 bulan aku menyewa di apartment ini. Justeru itu aku perlukan satu perubahan supaya tak rasa bosan nanti. Rumah bukanlah setakat tempat tinggal sahaja tetapi rumah juga memainkan peranan utama dalam memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian kita.

Bila badan tak sihat ni,selera makan pun berkurangan. Aku banyak minum air kosong supaya kulit tak terasa kering. Teringatkan lobak merah didalam peti sejuk maka aku pun terfikir juga apa salahnya jika dijadikan jus.




Pengisar pun dah lama tak digunakan untuk membuat jus. Puas hati akhirnya dapat juga aku minum jus lobak merah+susu mengikut citarasa aku sendiri.





Petang semalam pula aku ke KLCC. Dah beberapa bulan rasanya aku tak ke sana. Saja hendak berjalan-jalan di taman KLCC sambil melihat kehijauan alam dan air pancutan di sana. Seronok juga kadangkala apabila melihat gelagat pengunjung di sana. Sedikit sebanyak ianya menghiburkan. Taman KLCC juga merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk dijadikan aktiviti beriadah samada bersendirian ataupun bersama teman-teman dan juga keluarga.