24 June 2010

JANGAN CABAR AKU !!!

Seumur hidup aku, inilah pengalaman hitam paling dahsyat pernah aku lalui. Aku telah ditipu hidup2 dan disabotaj oleh beberapa individu. Rasa geram,kecewa dan terkilan amat sangat apabila aku mengetahui kebenarannya beberapa hari lepas. Patutlah naluri hati aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tidak aku sangka perempuan yang aku percayai selama ini turut terlibat dalam rancangan kotor si Z (bukan nama sebenar). Anjing kurap tepi longkang lebih mulia dari mereka. Gamak menindas sesama bangsa sendiri.
Segalanya bermula apabila aku menerima panggilan telefon dari P.A tuan rumah aku yang bernama No*m*h. Dia telah memaklumkan bahawa Dato' xxrun ingin memberikan rumah ini kepada anaknya. Aku pun terpaksa akur memandangkan status aku cuma penyewa di rumah tersebut. Dengan notis sebulan aku kelam kabut mencari rumah lain. Yang bertambah kejam dan tak dapat aku terima ialah apabila Nxxmah meminta aku pindah dalam masa terdekat. Panggilan telefon yang telah dibuat ialah pada 14/4. Aku meminta tempoh mencari rumah dan menyatakan akan pindah pada hujung bulan 5 lantas Nxxmah tidak berkata apa-apa. 15/5 aku menelefon handset Nxxmah dan memaklumkan kepada dia bahawa aku akan menyerahkan kunci rumah pada 30/5. Nxxmah tidak puas hati dan mempersoalkan kenapa aku perlu tunggu sampai hujung bulan sedangkan aku sepatutnya pindah hari itu. Gila betul si perempuan yang pernah bergelar 'janda' ini. Adakah patut jika aku mahu terus tinggal di rumah itu sampai hujung bulan, aku perlu membayar mereka satu hari RM30? Sebanyak tiga ratus akan ditolak dari duit deposit aku? Memang nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena di sini. Akhirnya aku yang kerugiaan apabila kesemua duit cagaran aku sebanyak RM500 telah ditolak. Satu sen pun aku tak dapat balik manakala terpaksa berbayar lagi bil-bil lain.
Setelah aku berpindah ke rumah baru, aku mendapat tahu bahawa sebenarnya ini adalah satu kompot di antara housemate aku si Z dan No*mah tentulah aku bengang. Kebetulan aku terserempak dengan si Z yang memandu CRV berwarna biru bernombor WFC 31** ,aku mula berasa tidak sedap hati. Waktu itu aku hendak menyemak semua surat-surat yang dihantar ke alamat rumah lama. Aku pergi ke pejabat pengurusan kondo tersebut untuk memeriksa status penyewa di unit itu. Aku telah dimaklumkan bahawa Z masih lagi tinggal di rumah tersebut. Hatiku luluh dan kecewa kenapa N*rmah sanggup memperlakukan aku sedemikian rupa. Bayangkanlah yang aku telah tinggal di rumah tersebut hampir 4 tahun alih-alih si Z ingin menguasai keseluruhannya. Depan aku nampak begitu baik sekali bak kata orang pijak semut pun tak mati. Kalau dari awal lagi aku tahu niat mereka, pastinya aku tak akan beri peluang langsung untuk mereka mengusir aku. Selama ini aku tidak pernah lewat bayar sewa atau bil-bil yang lain.
Aku masih ingat lagi sewaktu aku bertanyakan kepada Z tentang tarikh kami sepatutnya pindah. Dengan muka poyo sebegitu dia menyatakan bahawa dia tidak dapat pindah buat masa itu kerana ada beberapa urusan kerja yang masih belum selesai. Aku pelik sebab apa dia enggan berpindah sedangkan ini adalah permintaan dari tuan rumah sendiri. N*rmah pula mendesak aku membayar semua bil-bil yang tertunggak. Aku meminta wang dari Z untuk membayar bil elektrik tapi dia enggan memberikan kerjasama kerana baginya apa perlu aku meminta duit lagi sedangkan dia pernah membayar wang cagaran bil utiliti. Dengan penghawa dingin yang dipasang setiap hari, bil elektrik telah melambung tinggi. Sewaktu aku tinggal dengan housemate lama, bil tidak pernah mencapai seratus lebih. N*rmah tidak mahu ambil tahu tentang urusan aku dan Z.
Hanya kerana duit, manusia sanggup menggadai harga diri mereka. Begitulah yang dapat aku gambarkan tentang si N*rmah. Perempuan jenis apa yang telah aku anggap seperti kakak sendiri sanggup menjadi duri dalam daging. Manakala teman serumah aku pula boleh aku gambarkan sebagai seorang yang pengecut, tidak ada maruah dan sukar menerima kenyataan sebenar.
Kepada Z, ingatlah bahawa langit tak selalunya cerah. Walaupun dengan bangga engkau mengatakan bahawa engkau adalah somebody dan siap memberi amaran kepada aku, ketahuilah yang Allah itu Maha Berkuasa. Sekiranya aku tidak ada hati dan perasaan pastinya hidup engkau akan merana kerana ada rahsia yang masih aku simpan. Aku boleh menjatuhkan engkau dengan sekelip mata jika aku mahu tetapi aku tidak akan berbuat begitu kerana bagiku apa guna aku berurusan dengan manusia yang mempunyai otak tetapi tidak mampu berfikir. Aku juga berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk dari golongan PLU tetapi aku tidak pernah jumpa dikalangan mereka yang seteruk dan sehina engkau. Jangan ingat kau mempunyai pengaruh, bekerja sebagai pengurus kelab malam di kawasan elit, kau hebat. Kau akan tersungkur jua suatu hari nanti. Setiap satu perbuatan yang kau lakukan pasti akan mendapat balasannya.
Kepada Nxxmah pula, bertaubatlah engkau sebelum terlambat sementara pintu Syurga masih terbuka melainkan engkau memang ingin tinggal di neraka jahannam buat selama-lamanya.

Aku pasti kebenaran akan terbukti jua. Aku tak akan maafkan setiap perbuatan yang telah mereka lakukan pada diriku dan aku tidak halalkan setiap sen wang aku yang telah mereka ambil. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mendengar. Aku hanya mampu berdoa supaya aku tidak lagi bertemu dengan mereka. Aku hanyalah insan biasa yang tidak mampu berbuat apa2 dan hanya dapat berserah pada Ilahi.
Aku bukannya insan lemah yang boleh mereka permainkan. Jika benar mereka mahu mencabar aku, akan aku sahut cabaran itu. Aku ingin melihat sejauh mana mereka mampu bertahan dengan rancangan jahat mereka kerana aku tidak sebodoh yang mereka sangkakan. Jangan sesekali cabar aku. Akan aku buktikan kebenarannya satu persatu. Aku sudah bersedia.