Akhirnya aku sebarkan juga foto-foto semasa aku ke Bandung bulan lepas. Kali ini aku cuba juga mencari masa untuk menulis blog. Diam bukan bererti membisu. Berat badan aku pun dah bertambah. Risau dibuatnya. Seluar dah ketat, muka makin bulat. Asyik makan berselera jew. Apa maknanya tu kan? Hehehe. Jangan terlebih kembang sudahlah ye walaupun ada orang yang inginkan badan aku begitu. (pecah rahsia pulak). Yang penting bahagia. Bahagia ke? Saper nak jawab tu?
Makin melalut la plak aku ni. Nak cerita pasal Bandung dah buka cerita yang lain. Tu kan rahsia dalam kelambu. Opps...
Berbalik cerita tentang pengalaman pertama menjejaki kaki di bumi Bandung, memang puas hati tetapi rasanya aku belum lagi berkesempatan untuk pergi melawat tempat-tempat menarik di sana. Maklumlah pergi pun cuma 3 hari 2 malam. Namun begitu, perasaan seronok tu tetap ada. Antara lokasi yang aku kunjungi di sana ialah Pasar Baru, Masjid Bandung, Kampung Daun dan kolam air panas. Ada juga kejadian misteri yang berlaku di sana. Sampai sekarang bila aku ingatkan semula, meremang bulu roma dibuatnya.
Adalah beberapa ole-ole yang aku beli di sana. Makanannya enak, murah dan lazat. Aku juga turut mencuba beberapa jenis makanan Indonesia yang lain. Minuman seperti Es Limau, cendol dan teh botol tidak akan aku lupakan.
Jom lihat antara foto-foto yang sempat diambil sewaktu aku di Bandung.
![]() |
| ayam penyet ori |
![]() |
| kucing yang tetiba datang nak bergambar sekali |
![]() |
| pengalaman misteri apabila ada satu kelibat lembaga hitam kelihatan di dalam 3 foto di kawasan ini. gambar tersebut telah dipadamkan. |
![]() |
| hembusan angin malam yang menyegarkan ditambah dengan pemandangan indah |
![]() |
| hampir 2 jam kami mandi di kolam air panas ini sambil mencuci mata. Sampai kecut jari jemari ku dibuatnya. Jangan main mata, nanti kau tergoda...ewahh |
![]() |
| air terjun dari limpahan gunung berapi. Rasanya masam sedikit |
![]() |
| kampung daun |
![]() |
| Masjid Agung, Bandung |
![]() |
| nasi goreng jawa. Murah + enak = kenyang |
![]() |
| lapangan terbang Bandung |
![]() |
| Nak bawa balik orkid ni boleh ke tak? |
Memang berbaloi-baloi...kunjungilah Bandung. Anda pasti tersenyum seperti saya. Hehehe