Lagi 2 minggu kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal.
Beberapa hari yang lepas, aku tergerak hati untuk mencari balang kuih. Raya kan lambat lagi. Aku cuma perlukan bekas untuk aku isikan beberapa jenis keropok. Buat nak menjamah selepas waktu berbuka.
Dalam percarian itu, aku terjumpa balang kaca dan bekas kuih yang menjadi kenangan abadi sepanjang hidupku. Sudah hampir 7 tahun. Entah mengapa, kali ini aku ingin sangat melihat balang kaca dan bekas yang berwarna ungu itu menghiasi meja aku. Mungkin kerana aku meminati warna dan gaya hiasan balang tersebut. Hrmm. Masih lagi elok di dalam simpananku. Aku tak kisah pun jika balang itu kosong tanpa isinya asalkan mata aku sedap memandang.
Terima kasih 'D'. Walaupun hadirmu cuma seketika, namun kenangan bersamamu sewaktu dahulu masih terkenang jua di lubuk hati ini.

