27 March 2011

layan lagu : ST12-JANGAN PERNAH BERUBAH (original clip)




Terima kasih DJ Lin dan Suria FM



Hari Khamis minggu lepas aku telah menerima panggilan telefon dari DJ Lin Suria FM. Rasa macam tak percaya tetapi itulah kenyataannya apabila aku dijemput ke Majlis Aprisiasi Suria Cinta pada 24 Mac 2011 di CARLOS FOOD HEAVEN, KENANGA INTERNATIONAL, JLN SULTAN ISMAIL, Kuala Lumpur sumbangan CARLOS FOOD HEAVEN. Berbaloi juga aku menghantar sms semasa rancangan Suria Cinta. Memang tebaik...rezeki aku. Syukur...

Sepatutnya aku membawa 3 orang lagi rakan ke majlis itu tapi memandangkan mereka tidak dapat menghadirkan diri maka aku cuma membawa sorang saja. Sudah setahun lebih aku menjadi pendengar setia Suria FM terutama sekali rancangan Suria Cinta. Memang setiap hari aku mendengar radio Suria FM. Terima kasih yang tak terhingga kepada Suria FM dan juga DJ-DJ mereka yang begitu ramah dan 'sporting'.
Perut kenyang dan aku terhibur sekali di majlis itu. Walaupun tak dapat banyak hadiah, tetapi aku tetap pulang dengan perasaan gembira.


DJ Lin bersama trofi yang dimenanginya pada Anugerah Sri Angkasa

aku merupakan pendengar setia rancangan Suria Cinta

Tuah dan Bob membawakan lagu 'Biarlah Bulan Bicara'.

bersama Tyzo. cayalah bro...

  

... yang tersimpan di dalam botol




Hari ni terpaksa aku meringankan jari-jemariku untuk menaip sesuatu di blog yang yang seberapa meriah ini. Maklumlah dah lama tak ada entry baru.

Hari Khamis lepas aku ke Pavilion setelah selesai aktiviti beramah mesra dengan para DJ dari Suria FM. Member aku sorang ni beriya-iya mengajak aku menonton filem yang penuh dengan kontroversi iaitu  ... Dalam Botol. Sebelum ini pun memang aku ternantikan tayangannya. Dah ada peluang baguslah memandangkan ini merupakan hari pertama ia ditayangkan kepada umum. Tetapi untuk kategori 18 tahun ke atas sahaja. Secara keseluruhan jalan ceritanya agak perlahan tetapi mempunyai kekuatan yang tersendiri. Babak-babak 'panas' seperti aksi berpelukan sesama lelaki dan elemen 'gay' tidak terlalu menonjol kerana mungkin penulis skrip mahu penonton menghayati cerita ini sebagai satu kisah yang memberi pengajaran kepada masyarakat umum bukan bertujuan mahu menjaja isu cinta sesama jenis. Tahniah kepada barisan pelakon 'senior' yang berjaya membawa watak mereka dengan begitu baik sekali. Bukan semua orang mampu menjiwai watak-watak didalam filem ini. Lakonan Arja Lee dan Wan Raja juga patut diberikan pujian.






GSC Pavilion

barisan pelakon utama


Cerita-cerita begini sememangnya ada berlaku di dalam masyarakat kita namun siapalah kita untuk menghukum mereka. Setiap insan mempunyai pilihan masing-masing asalkan tidak sampai merana diri dan membawa kepada kesengsaraaan hidup.
Berbaloi aku menonton filem yang sensasi ini. Bukan untuk bermegah tetapi sekadar satu renungan bersama. Jangan ketinggalan untuk menonton filem ini.

12 March 2011

tak semudah itu

Sekarang baru bulan ke-3 dalam tahun 2011. Entah apa lagi cabaran yang harus aku tempuhi di sepanjang tahun ini. Aku tidak mengerti mengapa ada sesetengah orang sanggup memutuskan persahabatan hanya kerana aku tidak membalas cinta mereka. Setakat hari ini saja, aku telah menolak cinta seramai 5 orang bermula dari awal tahun ini. Tiada apa yang istimewa tentang diriku sehinggakan mereka meminta lebih daripada biasa. Aku tak pernah pun pakai susuk untuk membuatkan orang suka kepada diriku. (pengakuan ikhlas yang berani) Aku juga bukan sekacak lelaki-lelaki Melayu yang lain. Aku tak punyai apa-apa. Layakkah aku dicintai?
Kejamkah aku hanya kerana tidak menerima kehadiran cinta yang belum pasti apa penghujungnya itu? Aku sudah puas dengan sandiwara dan lakonan manusia di pentas kehidupan ini. Aku bukanlah seorang yang mudah menerima dan menggantikan cinta dengan sekelip mata. Cinta yang ada pada diriku tidak semurah apa yang mereka sangkakan. Aku telah belajar menerima takdir dan semua kelemahan diriku di masa silam. Hanya kerana mereka tidak memahami istilah cinta sebenar, aku telah dilabelkan sebagai seorang yang suka mematahkan hati. Itu bukan aku.




Aku punyai harga diri dan tak semudah itu mereka ingin memiliki cintaku dan akhirnya akan mempermainkannya. Serik? Aku tidak pernah berhenti dari ingin mencintai dan ingin dicintai cuma pastinya aku belum menemui insan yang dapat ku curahkan kasih sayang sepenuhnya. Jika waktu itu tiba, jiwa dan ragaku hanyalah untuk dirinya.

Sejak dari awal lagi, telah aku nyatakan pada mereka yang aku ingin memulakan perkenalan hanya sebagai sahabat atau teman dan tidak lebih dari itu. Aku tidak salahkan mereka sekiranya mereka jatuh cinta pada diriku cuma aku hairan kenapa mereka mudah melafazkan kata-kata cinta sedangkan pertemuan yang dibina hanyalah sesingkat waktu. Bermaknakah tiap ungkapan cinta itu? Sesungguhnya cinta itu tidak boleh dipaksa.
Aku tidak mahukan cinta mee segera atau cinta pakai buang kerana sekali aku jatuh cinta, cintaku takkan pernah berubah dan aku akan setia buat selamanya.



Geli apabila dijilat si comel

Siapa yang tak pernah rasa geli apabila dijilat. Kan? Begitu juga dengan aku. Entry pada kali ini berkisar tentang perangai kucing yang suka menjilat. Kucing?  Ya betul kucing bukannya tentang orang yang suka menjilat (walaupun ada). Ada aku kesah?
Aku memang sukakan kucing sejak dari azali lagi. Dulu aku pernah membela beberapa ekor kucing sehinggalah pada suatu hari, aku tidak lagi mahu memelihara kucing kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Kesian juga kadangkala melihat kucing yang terbiar dan tidak mempunyai tuan. Dan mengapa masih ada orang yang begitu kejam sehingga sanggup membunuh haiwan yang tidak berdosa ini tanpa sebarang perasaan kasihan. Manusia kejam seperti ini tidak layak digelar 'insan'.

Harga seekor kucing kacuk seperti 'kucing parsi' boleh mencecah ribuan ringgit sehingga tidak masuk akal dibuatnya. Berbalik kepada cerita tadi, sememangnya aku geli sedikit bila terjumpa kucing yang suka menjilat tangan, muka atau kaki aku. Apa yang aku maksudkan ialah pabila kali pertama bertemu. Contohnya sewaktu aku berkunjung ke rumah saudara atau teman-teman. Sampai naik bulu roma dibuatnya. Aku memang suka dimanjakan oleh kucing yang bersih, gebu dan comel. Suka sangat tengok gelagat kucing tersebut apatah lagi bila bermain kejar-mengejar dan bersembunyi di dalam rumah. Kelakar giler. Bila dah sayang, tidur pun bersama.

Itu sumer memori lama yang masih aku kenang hingga ke saat ini. Kucing kesayangan aku dulu bernama BUBU dan seekor lagi bernama BUSYUK. Air mata aku jatuh menitis dan berderai ke bumi bila kehilangan kucing yang aku sayangi. Merekalah tempat aku berbual dan meluahkan rasa walaupun aku sedari mereka cuma haiwan yang tidak mampu berkata-kata namun mereka amat mengerti akan kesepian dan kesunyian di hati aku ini pada waktu itu. Apakan daya, jodoh kami untuk hidup bersama hanya sementara. Busyuk telah kembali menyahut panggilanNya setelah ia terlibat dalam satu kemalangan langgar lari manakala Bubu pula mati kerana sakit. Itulah kenangan terindah sepanjang hidupku sewaktu aku masih bersama mereka. Masih terbayang-bayang lagi wajah dan gurauan mereka. Pada waktu aku menaip ini juga, kelopak mataku terasa basah. Wahai air mataku, janganlah engkau turun mengalir. Oh tidak. Hatiku begitu tersentuh sekali...


aku memang sayangkan kucing


07 March 2011

tidak selesa 'berbogel'

Aku baru jew membeli boxer baru-baru ini. Siap 2 helai lagi. Kebetulan aku pergi ke Reject Shop dan terjumpa boxer yang menarik ini. Aku sukakan coraknya.  Senang bila pakai boxer di rumah sebab mudah nak gerak. Waktu tidur pun, aku memilih untuk memakai boxer. Lain padang lain belalang. Kan? Sesetengah golongan lelaki gemar memakai kain pelikat, seluar pendek dan seluar dalam. Malahan ada yang suka berbogel ketika tidur. Korang pula bagaimana?  Bagi aku sendiri, aku tidak selesa jika tidur tanpa seurat benang pun walau hanya ditutupi selimut. Nanti takut kena gigit nyamuk. Hehe. Bahaya taw! Namun itu adalah pilihan masing-masing yang empunya diri kan.




rasa macam nak minum coke pula



cap buaya darat ke buaya tembaga ni?


Hensem ke tak boxer aku ni? Masih suci n teruna lagi taww sebab aku belum memakainya secara rasmi. Suci ke?  Opps..

06 March 2011

M.A.L.A.S

Hari ini aku terasa malas nak bercukur. Biasanya setiap pagi sebelum mandi, aku akan melihat wajah di cermin terlebih dahulu sambil menyapukan krim pencukur dan memulakan cukuran. Sesekali aku membiarkan jambang nipis terbiar di raut wajah. Setakat 2-3 hari tu okay lagi. Dah masuk hari ke 5 rasanya memang dah nampak tak kemas kalau dibiarkan. Kerja macam aku amat memerlukan penjagaan imej.

Hari Ahad masih boleh dapat diberikan alasan untuk tidak bercukur sebab boss jarang datang tapi kalau dah waktu berkerja jawabnya ialah harus kelihatan licin dan rapi. Karang tersentap pulak boss aku ittew. Nak simpan janggut kambing sikit pun dah kena ceramah. Dulu masa zaman remaja, aku ada menyimpan kumis nipis. Bila dah masuk siri ke-3 nie, aku dah tak membela misai cuma aku suka membiarkan jambang di bahagian dagu sikit-sikit. Memandangkan soal imej dan kerjaya, terpaksalah aku menurut perintah.








Hrmm, esok tiada lagi alasan untuk tidak bercukur.

I'm sorry. Good Bye facebook!

    
    Entah mengapa dari semalam sebelum masuk tidur, tergerak di dalam sanubari aku untuk menamatkan saja akaun FB. Satu keputusan yang amat sukar dilakukan. Bererti aku akan kehilangan semua teman-teman. Namun aku harus meneruskan langkah ini. Dunia siber hanya sekadar satu ilusi bukannya realiti. Kawan-kawan yang masa zaman sekolah atau kenalan rapat masih boleh dihubungi lagi melalui email atau sms. Yang lain-lain tu biarkan saja. Ada mereka kesah? Penting sangatkah aku dalam hidup mereka? Kalau setakat nak add friend supaya bilangan rakan mereka berjumlah beribu-ribu lemon biar tak payah. Aku lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. Bukankah membuang masa namanya itu. Aku lebih rela menyepi. Kesunyian ini biarku tanggung sendiri.





    Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Jatuh juga airmata ini bila mengenangkan kembali setiap saat dan detik itu terutamanya bila aku mendengarkan lagu Allahyarham Sudirman iaitu 'Salam Terakhir'. Segala yang tersirat di hati biar aku saja yang mengetahuinya. Ada sesuatu yang ingin aku lupakan setelah sekian lama aku pendamkan di hati. Aku hanya manusia biasa yang lemah dan harus belajar untuk menerima kenyataan dengan rela hati. Sudah sampai saatnya untuk aku melepaskan ia pergi. Aku ingin bersara dari FB buat masa ini. Siapa tahu mungkin di suatu hari nanti, tergerak semula hati untuk membukanya kembali. Entahlah. Aku hanya mampu merancang...  





SELAMAT TINGAL 'FB'
 

03 March 2011

ingin dibelai oleh 'anak ikan'.

Dah lama aku teringin merasakan bagaimana rasanya bila dibelai oleh anak-anak ikan. Maksud aku ialah memanjakan diri dengan merendamkan kaki di dalam kolam ikan sambil membiarkan anak-anak ikan mengelilingi kaki dan memainkan peranan mereka ittew.  Aku sendiri pun tak pasti anak ikan jenis apakah yang sering mereka pelihara di dalam kolam yang terdapat di pusat-pusat Spa ikan. Ada yang memberitahu bahawa anak-anak ikan ini akan memakan bakteria yang terdapat di kulit kita. Entah betul ke tidak. Yang penting sekali memang aku nak sangat pergi ke Spa ikan bagi mendapatkan pengalaman tersebut.




bestnya bila diri dibelai oleh 'anak-anak ikan'.


01 March 2011

Bukan santapan jin

Takut tak dengan tajuk entry kali ini? Haha. Sajer jew nak bikin gempak sikit.

Semalam aku telah mengasapkan rumah dengan membakar batang lidi aromatik. Konon-kononnya untuk mewangikan ruang rumah la. Kebetulan pula aku baru saja membeli kotak kayu ittew. Ingatkan dapatlah beli kotak ni di Bali sebab kawan aku berkunjung ke Bali baru-baru ini. Namun hajat tak kesampaian sebab dia tak tahu mana nak cari barang tersebut. Akhirnya terpaksalah aku membeli kayu "Made in Pakistan" di Bukit Bintang.  Tak kisahlah kan. Yang penting aku telah membelinya dengan harga yang berpatutan sebab aku minta diskaun kat mamat Pakistan yang menjual itu.

Wangian yang aku gemari ialah Lavender, Jasmine dan Cempaka. 'Aromatic Incense Stick' yang aku ada sekarang ini memang aku beli di  Bali sewaktu aku ke sana dulu. Terasa seperti berada di Bali pula bila menghidu asap tersebut. Bercakap tentang asap pula, aku pernah terdengar orang cakap bahawa tujuan sesetengah orang membakar kemenyan adalah supaya asapnya dapat dijamah oleh Jin. Seram kan? Nasib baik la aku bukan membakar kemenyan, kalau tak nanti dituduh ada pendamping malam pula. Huhu.


haruman cempaka dan jasmin dari Bali

jangan sampai termakan asap


Lepas ni aku nak kumpul lebih banyak lagi koleksi minyak aromaterapi dan kayu lidi wangi. Itu merupakan salah satu hobi yang aku suka lakukan. Mungkin dah sampai masanya nanti untuk mengatur semula ruang kediaman supaya tak jemu mata memandang dan kelihatan segar.