31 December 2010

Dapat 'ayam' percuma






Syukur Alhamdulillah.
Hari ni aku dapat kupon makanan percuma. Bestnya dapat makan 'ayam' Nando's yang lazat dan menyelerakan walaupun bukan sekor. Yang pentingnya kan. Lokasi yang aku akan pilih.....mungkin di KLCC. Aku kena gunakan kupon tersebut sebelum 5hb Jan 2011.
Ada juga perkara baik berlaku dalam hidup aku di hari terakhir tahun 2010 ini. Semoga sampai detik 12 tengah malam nanti segalanya berjalan dengan lancar.  

Besok pula lembaran baru akan tertulis buat tahun 2011.

30 December 2010

tragedi 'hantu minyak'

Dah aku cakap tahun 2010 memang banyak perkara yang tak diingini berlaku dalam hidup aku. Diari tahun ini aku tutup dengan kejadian berikut. Namun semua itu dugaan kan. Ya. Dugaan yang amat mencabar sekali. Dan yang terbaru ialah petrol aku telah dicuri oleh seseorang yang aku namakan sebagai 'hantu minyak.' Geram aku. Nasib baik tergerak hati malam tu supaya tak isi minyak. Kalau tak, memang raya sakan la si pencuri lahanat tu.

Ceritanya bermula apabila aku ke rumah kawan di sebuah kondominium berhampiran yang terletak di Bukit Indah, Ampang. Nak parking kerete kat dalam pula penuh, maka terpaksalah letak kat luar kondo tersebut. Gelap juga kawasan itu sebab lampu jalan rosak (waktu malam). Tak sangka pula sesuatu telah berlaku masa aku berada di rumah kawan. Pencuri itu mula menjalankan tugasnya. Waktu aku nak balik, tak pula mengesyaki apa-apa kerana bila dah hidupkan enjin, kereta aku bawa macam biasa hinggalah sampai ke rumah. Pagi nak pergi kerja, terkejut beruk aku dibuatnya. Minyak petrol meleleh ke bawah kereta. OMG! Aku perasan yang skru bawah tangki petrol itu longgar sehingga separuh daripada saiznya. Celaka betol.

Siapa punya angkara ni?

Waktu itu aku memang panik giler. Apa taknya. Benda tak pernah berlaku sebelum ni. Aku cuba menenangkan fikiran dengan tidak menyalahkan siapa-siapa. Aku katakan dalam hati ini tentu kerana jalan yang berlubang-lubang telah menyebabkan skru itu longgar. Namun secara logiknya, skru itu memang ketat. Mustahil kan. Lalu aku ambil spanar dan mengetatkan balik skru itu. Dahlah kerja pula. Terpaksalah menunggu keesokan harinya untuk aku ke pusat servis.




Sehingga saat ini. aku masih menyumpah hantu minyak itu. Geram sangat sebab kereta aku yang menjadi sasarannya. Sengkek sangat sampai minyak petrol pun nak curi. Perkara yang aku belajar dari kejadian ini ialah, jangan sesekali meletakkan kenderaan anda di tempat yang gelap walaupun hanya seketika. Segalanya berkemungkinan untuk terjadi.   

25 December 2010

Sekadar suker-suker jew

Hari ini 25hb Disember 2010. Bukan sekadar hujung minggu tetapi juga hari ini, masyarakat yang beragama Kristian menyambut perayaan Hari Natal atau Christmas Day. Memang meriah setiap kali menjelangnya hari Natal ini. Teringin juga sesekali merasakan kegembiraan bermain salji di luar negara. Aku berharap impian itu akan tercapai juga di suatu hari nanti. Di Malaysia sendiri, aku pernah ke Genting Highlands dan memasuki tempat di mana terdapatnya salji tiruan. Sejuk giler dalam tu. Rasa macam nak beku pun ada. Sempat lagi bermain luncur sampai sakit pinggang aku sewaktu menuruni bukit di dalam kawasan itu. Itulah pengalaman manis yang tak dapat aku lupakan.

Aku gemar sekali melihat hiasan yang terdapat pada setiap pokok Krismas. Menarik dan sangat kreatif. Pernah juga aku membeli beberapa jenis perhiasan pokok Krismas untuk menghiasi rumah aku. Tak salah kan sebab itu cuma sekadar suka-suka jer. Sampai sekarang aku masih lagi menyimpan hiasan-hiasan tersebut cuma pada tahun ini saja aku tidak membelinya. Yang lama masih elok dalam simpanan. Sedikit gambar yang dapat aku kongsikan bersama pengunjung blog ini.





Selain dari itu, aku juga gemar melihat bulu burung merak. Ada pula member yang baik hati belikan pada aku. Hepi sangat sebab bulu burung merak ini datangnya dari India. Saksikanlah sendiri. Cantik sangat warnanya.



22 December 2010

2010- Biarkan semua kepahitan itu berlalu


Tidak lama lagi akan muncul tahun 2011. Akan ku tinggalkan tahun 2010 dengan 1001 kepahitan. Bukannya apa. Aku banyak mengalami perkara-perkara yang begitu pahit sekali untuk ditelan berbanding dengan kemanisan. Walaupun semua dugaan yang datang itu memerlukan kekuatan,namun aku harus tabah dan terus cekal menerimanya dengan hati yang terbuka. Pengalaman yang lalu menjadikan aku kini lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara.



Semoga kedatangan 2011 nanti akan mengembalikan kemanisan dalam hidupku dan mencoret ribuan memori yang indah.

13 December 2010

Kiriman bunga dari lelaki Itali

Satu kejutan telah berlaku pada hari ini di mana aku telah mendapat sejambak bunga dari seseorang. Lelaki pun dapat bunga? Hrmm. Dan pengirim bunga tersebut adalah seorang lelaki berbangsa Itali. Apakah maksudnya ittew? Sabar yek. Jangan panik. Di antara 8 orang penerima bunga tersebut, aku merupakan satu-satunya lelaki yang terpilih untuk diberikan bunga. Yang lain tu kesemuanya wanita. Thanx so much Federico. Si lelaki Itali ni telah aku kenali sewaktu dia menyertai sebuah pameran bertempat di satu kawasan elit di Bukit Bintang. Aku ada juga menghulurkan bantuan sewaktu dia berada di Malaysia untuk tempoh hampir 2 minggu. Mungkin itu sebabnya dia mengirimkan bunga sebagai tanda penghargaannya pada aku. Rasa terharu apabila ada orang luar yang lebih menghargai diri kita berbanding dengan orang tempatan. Yang pastinya, pulang ke rumah nanti, bunga tersebut akan ku letakkan di dalam pasu hiasan. He he. I like...


12 December 2010

Berbicara tentang C.I.N.T.A



Tanpa cinta, pastinya hidup kita akan terasa sepi dan tidak bereti. Setiap insan memerlukan cinta dan kasih sayang. Cinta itu begitu indah jika kita saling memahami dan bertolak ansur. Cinta juga bisa membutakan mata dan hati kita sekiranya tidak kena pada masa serta waktunya. Kita sendiri yang menentukan siapakah insan yang ingin kita cintai dan menyayangi. Cinta itu tidak pernah salah jika ianya terjadi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar2 menyintainya setulus hati. Cinta itu wujud tanpa diduga dan lahirnya tiada dipinta. Cinta memberikan seribu satu kemanisan dan ianya juga boleh menjadi racun yang amat bisa. Bagi sesiapa yang ingin merasai nikmatnya cinta, bersedianya untuk menempuhi segala onak ranjau duri berliku. Di dalam kehidupan ini segalanya berkemungkinan akan terjadi. Dan bagi sesiapa yang pernah terluka kerana cinta, ketahuilah bahawa jangan pernah putus harapan untuk mencari pengganti yang lain kerana mungkin cinta yang bakal hadir akan membawa sejuta kebahagiaan berbanding cinta yang terdahulu.

09 December 2010

Letih giler..xde masa nak tulis blog

Dah dekat 2 minggu aku tak boleh ambil cuti sebab sibuk dengan bermacam-macam event. Letih, lunyai dan tak bermaya. Namun kerja tetap kena kerja. Semua janji temu terpaksa dibatalkan kerana aku amat perlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu aku terpaksa melupakan hasrat untuk menulis blog buat seketika sehinggalah aku ada waktu yang lapang.