


Aduh.
Apa yg dirancang sumer x menjadi.
Nampak gayanya terpaksalah aku membatalkan hasrat utk pulang ke Kedah bulan 3 nanti memandangkan budget tu dihabiskan kat buah hatiku iaitu tak lain tak bukan, kereta aku. Entah mengapa bulan ni saja pelbagai masalah timbul. Baru-baru ini aku pakaikan kasut baru untuknya. Selang 2 ari selepas itu, disc brake pula buat hal dan perlu diganti baru. Dugaan btol. Namun aku tak berkecil hati kerana aku sayang sgt padanya. Hampir 4 tahun kami bersama dan aku x sanggup melepaskannya ke tangan org lain buat masa ini walaupun ada niat utk berbuat demikian.
Walau ramai yg memberikan komen negatif pada produk buatan tempatan namun aku masih setia dan bagiku yg penting sendiri yg pakai sendiri yg merasa. Buat apa nak kisah pada pandangan orang lain asalkan aku bahagia dan bersyukur atas apa yg aku miliki sekarang. Banyak lagi projek yg aku fikirkan utknya di masa akan datang.


