Hingga ke saat ini aku belum menemui seseorang yang benar-benar dapat membuka pintu hati ku untuk bercinta lagi setelah sekian lama terluka. Di bibir aku mengukir senyuman namun di hati tersimpan kepedihan. Dalam entri sebelum ini aku menyatakan bahawa aku telah jatuh hati dan menyukai seseorang. Benar ku akui si dia sebenarnya yang mencuri hati ketika aku masih meratapi kehancuran. Bila difikirkan semula seolah-olah hanya aku yang bertepuk sebelah tangan. Aku menyedari hakikat diri dia tak seperti yang aku harapkan. Terkadang aku menghantar sms tiada balasan. Terkadang aku menghubunginya tetapi panggilan telefon tak berjawab. Maka timbul seribu satu persoalan yang tiada jawapan. Tak mungkin dapat aku miliki kasihnya...
Terdapat jurang perbezaan diantara kami. Aku hanya sebutir pasir sedangkan dia merak kayangan. Seraut wajahnya yang indah biar ia kekal di hati ini. Tak sanggup aku berdepan dengan setiap cemuhan mata yang memandang.
Apakah aku yang terburu-buru cuba melupakan peristiwa lalu? Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam dalam lautan hempedu. Kini ku sendiri berenang-renang mencari tepian. Payah ku temu yang sanggup bersatu di dalam susah dalam senang. Yang hadir cuma kepalsuan. Aku sebenarnya insan yang dahaga cinta tapi tak terdaya. Bermusim lama mencari. Tak ku temui sampai kini. Tak henti jiwa dipalu. Dugaan demi dugaan menguji. Rebah dan bangun sendirian.
Tangis dalam senyumku tiada insan yang tahu. Tiada insan yang bakal mengerti jalananku tidak seindah mimpi. Gerimis rindu di sudut hati seakan tiada terhenti. Hidup ini terus begini. Cinta ini hanya sisa mimpi. Musnah sudah satu pengharapan diragui kehancuran. Biarlah ku menjauhkan diri. Pergilah mustika hati...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.