Sudah seminggu aku tidak menulis blog.Tugasan harian di tempat kerja memaksaku untuk melupakan semua aktiviti luaran seketika.Inipun aku terpaksa mencuri sedikit masa untuk menulis dan berkongsi pengalaman tentang aktivitiku semalam di ambang Merdeka.Sepertimana yang telah dijanjikan semalam,ahli-ahli kelab bersetuju untuk berjumpa sebelum membuat keputusan ke manakah destinasi kami pada malam ini.Setelah semua pihak duduk berbincang,akhirnya kami bersepakat untuk berkonvoi beramai-ramai menuju ke Putrajaya.Lebih kurang 18 buah kenderaan terlibat di dalam konvoi KL-Putrajaya ini.
Kami bertolak dari meet point Ampang pada pukul 11.15 mlm dan sampai di Dataran Putrajaya tepat jam 12 tengah malam.Setelah ahli-ahli kelab berjumpa,berbincang tentang aktiviti seterusnya,sessi bergambar diadakan.Kami pergi ke restoran mamak untuk lepak-lepak minum dan bersahur sekali memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 2.30pagi.Siang karang dah tiba waktu untuk berpuasa.Aku sampai di rumah jam 5 pagi tadi.Aku terus terlelap mungkin kerana keletihan.Walaupun aku cuma dapat lena selama 2 jam namun aku gembira dengan aktiviti semalam.Selamat Hari Merdeka yang ke 52.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.