Semalam aku kembali ke tempat kerja setelah bercuti selama seminggu.Tidak banyak aktiviti kali ini cuma aku menyertai konvoi anjuran S.I.C kl ke PD dan Melaka.Walaupun pada mulanya rancangan aku yg sebenar ialah utk menghabiskan masa sorang diri ke Phuket atau Bali.Mungkin bukan masanya lagi utk aku ke sana kali ini.
Namun begitu aku tetap gembira kerana dapat menghabiskan masa cuti dgn berkonvoi bersama rakan2 SIC yg lain. Sempat juga aku mandi laut di Kuala Linggi dan berjemur dibawah sinaran matahari yg panas. Antara aktiviti lain ialah BBQ pd waktu malam dan bermain bola tampar pantai. Memang best sangat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.