05 November 2010

Aku kesunyian

Beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 32 tahun. Dah beberapa tahun aku tidak merasakan kemeriahannya kerana aku masih sendirian tanpa kehadiran seseorang yang istimewa di dalam hidupku. Hanya teman-teman rapat yang sudi membelikan kek untuk meraikan hari jadiku pada tahun-tahun yang lepas. Sesekali, perasaan ingin menyintai dan menyayangi wujud di dalam diriku tetapi aku takut. Aku begitu takut untuk menyayangi seseorang dan jatuh cinta padanya. Aku tak ingin perasaanku ini dipermainkan dan si dia meninggalkan diriku. Pada sesiapa yang pernah kecewa sebelum ini pastinya akan mengerti perasaan yang aku alami.

Aku tidak menafikan, aku sentiasa kesunyian. Aku hanya dapat memendamkan rasa apabila aku sukakan seseorang itu. Kebanyakkan mereka telah pun mempunyai teman istimewa. Aku tak ingin menjadi orang ketiga. Benarlah kata orang bahawa cinta itu tak bermata. Manusia sering saja menjadi tewas kerana cinta. Hanya mereka yang betul-betul ikhlas memberi dan menerima cinta akan dapat mengharungi segala onak ranjau berduri bersama. Yang pastinya, aku kan sabar menanti kehadiran seseorang yang dapat menerima diriku seadanya kerana aku hanyalah insan biasa yang sentiasa dahagakan belaian mesra nan manja. Semoga masih ada ruang buatku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.