Dah lama aku tak tulis blog. Semenjak 2 menjak nie jadual agak ketat sedikit. Cerita terbaru mengenai diri aku kini ialah aku di dalam proses untuk mengenali diri seseorang. Aku takut sebenarnya untuk membuat sebarang komitmen. Kekecewaan lalu masih lagi terasa. Namun bila difikirkan semula sampai bila aku harus menutup pintu hatiku ini. Tak salah sekiranya aku memberi peluang dan kesempatan yang ada. Mungkin bersamanya nanti hidup aku akan bahagia.
Benarlah kata orang cinta itu buta.
Belum pernah ada cinta di dalam kehidupan manusia sepanjang masa bahagia tanpa airmata...lirik lagu lestari itu mempunyai maksud yang begitu mendalam. Setakat ini si dia telah membuktikan yang dia benar-benar menyayangi diri aku walaupun baru hampir sebulan kami kenal. Si dia juga menjadi resah apabila tak mendengar suara aku seharian dan apatah lagi jika tak bertemu. Apakah itu keadaan normal bagi pasangan yang bercinta? Macam tak percaya yang aku telah dilamun cinta. Aku akan cuba untuk memberikan yang terbaik namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang...aku tak mahu terlalu memikirkan sangat.
semoga ada bahagia yang menanti...


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.