Dah masuk seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Perasaan yang aku rasakan amat berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Kenapa ya? Masih ku tercari jawapannya.
Bercakap tentang bulan puasa pula, pastinya kita teruja melihat pelbagai jenis juadah dan lauk pauk yang dijual. Namun kita harus beringat bahawa sentiasa pastikan gerai yang dipilih itu bersih dan harganya berpatutan. Dari pengalaman aku sendiri, ada kuih- muih yang dijual tidak tulen rasanya. Maksud aku bahan-bahan tiruan dan perisa banyak digunakan. Nampak memanglah sedap sebelum rasa. Dah masuk ke tekak baru tahu rupanya cuma perasa tiruan yang digunakan(contohnya pandan). Memang nak kaut untung saja peniaga-peniaga sekarang ini. Dua kali aku terkena apabila membeli popiah basah dan mee goreng, ada sehelai rambut pula di dalamnya. Nak tukar pula jauh, nak maki pun tak guna. Nasib oh nasib. Hampeh btol. Pengalaman ini aku alami sewaktu aku mengunjungi bazar ramadhan di Bukit Bintang.
Lalu timbul persoalan sejauh manakah tahap kebersihan makanan yang dijual sepanjang bulan puasa ini. Aku sememangnya seorang yang cerewet di dalam soal makanan. Takut dapat penyakit bukannya apa. Lain padang lain belalang. Ada orang yang bila lapar, semua dibedalnya. Langsung tak tengok apa yang terdapat di dalam makanan tersebut. Adakah anda di dalam kategori ittew? Tepuk dada tanya selera. Renung-renungkanlah bersama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.