1/11/11...
Jam 11.17 pagi tadi aku telah mendapat 'notis cinta' dari sebuah Majlis Perbandaran. Surat tersebut meminta supaya aku membayar kesalahan kompaun parking sebanyak rm50. Arghh. Tidak...bukan salah aku. Ceritanya begini...
Aku telah meletakkan kereta di sebuah petak di kawasan Ampang. Seperti biasa, aku menekan nombor kenderaan dan memasukkan duit siling ke dalam mesin itu. Hasilnya, duit aku ditelan tetapi tidak dicetak waktu yang sepatutnya di atas tiket. Aku mencuba sekali lagi dan hasilnya masih sama. Mesin itteww dah buat hal. Tak kuasa aku mencari mesin kat tempat lain memandangkan aku dah sampai dekat tempat yang nak dituju. Sebaik saja urusan aku selesai, aku bergegas ke kereta dan ternampak notis saman itu. Terus aku ke MP.. dan menyatakan rasa kesal aku akibat disaman sedangkan bukan aku yang tidak membayar parking di kawasan tersebut. Nasib telah menyebelahi aku. Saman itu telah dibatalkan kerana aku mempunyai bukti iaitu 2 keping tiket yang aku bayar. Kalau tak, kayalah pihak yang berkenaan. Buta-buta dapat percuma 50 hengget. Dalam kehidupan ini kita harus bijak. Gunakan hak kita dengan betul sekiranya kita berada di pihak yang benar.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.