Sepi ini mengajarku erti ketabahan dan kedewasaan. Aku sudah terbiasa dengan bicara manis yang menghiris kalbu. Biar kisah sedih semalam menjadi satu pengajaran. Aku tahu bahawa teman di waktu gembira mudah dicari tetapi bila berduka, hanya aku sendiri yang menanggungnya. Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh. Bila sudah kering pastinya akan gugur. Begitu juga dengan hati yang rapuh ini. Tidak tergoyah keimanan ini walau selautan kasih yang dia berikan kepada ku itu tidak ikhlas. Ingin rasanya aku ketepikan rasa cinta pada seseorang kerana bimbang hilangnya setia bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria. Masa nan lalu mendewasakan diri dari mengulangi kesilapan semalam. Ku teruskan jua langkah ini demi sebuah kehidupan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.