



Setiap orang mempunyai kereta idaman masing2.Tepuk dada tanya diri sendiri.Beli mengikut kemampuan bukan mengikut perasaan.Itulah falsafah yang aku pegang selama ini.Kempen 'cintailah dan beli barangan buatan Malaysia' mendorong aku memilih untuk membeli kenderaan nasional iaitu Saga.Sebelum ini aku hanya memiliki Yamaha 125z.Itulah motorsikal aku yang terakhir sebelum aku memilih untuk membeli kereta.Aku gemarkan motorsikal yang berprestasi dan dapat memberi kepuasan sebenar tapi tidaklah sampai tahap 'merempit'.Semenjak ada kereta ni,aku tidak lagi menunggang motorsikal.Bercakap tentang kereta pula,ramai orang mengkritik produk buatan tempatan terutamanya kereta nasional kerana menurut pendapat mereka kualiti produk tempatan tidak setanding jenama luar.Bagi aku pula itu semua terpulang pada pendapat masing2.Setakat ini aku belum terfikir untuk menukar kenderaan lain kerana aku sudah selesa dengan keadaan sekarang.Budget pun ciput aje lainlah kalau ada banyak $$$.Di masa akan datang entahlah...Aku juga mempunyai kereta idaman.Diharap suatu hari nanti impian itu kan menjadi kenyataan. Sejak aku join kelab kereta ni,mulalah timbul pelbagai keinginan dihati terutama setelah melihat kereta ahli-ahli kelab yg lain,makan hati juga ni.Namun aku tetap berpuas hati dengan kehidupan sekarang ni.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.