Hasil tinjauan aku ke beberapa bazaar Ramadhan tahun ini mendapati sesetengah tempat menjual makanan yang aku anggap satu pembaziran jika dibeli. Bukan setakat mahal malahan langsung tidak sedap. Wahai para peniaga, kenapa lah korang hanya fikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengira selera pembeli. Sekali terkena pasti aku beringat selamanya. Yang paling teruk ialah kuih ketayap berintikan kelapa basi. Bertalu-talu aku sumpah dalam hati. Kurang pahala di bulan puasa ini.
Keinginan yang ingin dipenuhi kadangkala tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas. Seperti beberapa hari yang lepas. Aku teringin sangat nak makan ikan terubuk bakar sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Akhirnya tercapai jua hasrat itu. Lokasi ikan bakar semestinya Pasar Dato' Keramat. Aku sanggup membayar RM18 semata-mata untuk mendapatkan ikan terubuk idamanku. Bila dapat berbuka berlaukkan ikan bakar, terus berselera sehingga menjilat jari. Memang suka sangat bila dapat cicah dengan air asam cuma renyah bila terpaksa berhati-hati dengan tulang terubuk yang banyak. Tentulah bukan senang kalau nak merasakan sesuatu yang sedap kan..
Tahun ni aku bercadang untuk pergi ke bazar ramadhan yang belum pernah lagi aku kunjungi. Mungkin jauh mungkin juga dekat. Di antara tempat kegemaran aku ialah di Bandar Baru Ampang, Dato' Keramat, Desa Pandan dan Kampung Baru.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.