14 August 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Hari ini sudah masuk hari ke-4 umat Islam menunaikan ibadah berpuasa. Terasa begitu cepat waktu berlalu. Syukur alhamdulillah kerana aku dapat berpuasa meskipun 2 hari lepas kesihatan agak terganggu. Semalam bersahur jam 2.30 pagi. Dan hari ini mata terasa berat sekali kerana cuba membiasakan diri dengan waktu sebegini. Aku habiskan masa dengan membuka fb dan memeriksa email yang dihantar. Tidak dilupakan buah kurma madu sebagai hidangan ringan bersahur.














Aku berharap ramadan kali ini menjanjikan ketenangan minda. jiwa dan rohani pada diriku yang telah sekian lama terganggu oleh perkara-perkara yang tidak aku jangkakan berlaku.

Selamat berpuasa...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.