30 December 2010

tragedi 'hantu minyak'

Dah aku cakap tahun 2010 memang banyak perkara yang tak diingini berlaku dalam hidup aku. Diari tahun ini aku tutup dengan kejadian berikut. Namun semua itu dugaan kan. Ya. Dugaan yang amat mencabar sekali. Dan yang terbaru ialah petrol aku telah dicuri oleh seseorang yang aku namakan sebagai 'hantu minyak.' Geram aku. Nasib baik tergerak hati malam tu supaya tak isi minyak. Kalau tak, memang raya sakan la si pencuri lahanat tu.

Ceritanya bermula apabila aku ke rumah kawan di sebuah kondominium berhampiran yang terletak di Bukit Indah, Ampang. Nak parking kerete kat dalam pula penuh, maka terpaksalah letak kat luar kondo tersebut. Gelap juga kawasan itu sebab lampu jalan rosak (waktu malam). Tak sangka pula sesuatu telah berlaku masa aku berada di rumah kawan. Pencuri itu mula menjalankan tugasnya. Waktu aku nak balik, tak pula mengesyaki apa-apa kerana bila dah hidupkan enjin, kereta aku bawa macam biasa hinggalah sampai ke rumah. Pagi nak pergi kerja, terkejut beruk aku dibuatnya. Minyak petrol meleleh ke bawah kereta. OMG! Aku perasan yang skru bawah tangki petrol itu longgar sehingga separuh daripada saiznya. Celaka betol.

Siapa punya angkara ni?

Waktu itu aku memang panik giler. Apa taknya. Benda tak pernah berlaku sebelum ni. Aku cuba menenangkan fikiran dengan tidak menyalahkan siapa-siapa. Aku katakan dalam hati ini tentu kerana jalan yang berlubang-lubang telah menyebabkan skru itu longgar. Namun secara logiknya, skru itu memang ketat. Mustahil kan. Lalu aku ambil spanar dan mengetatkan balik skru itu. Dahlah kerja pula. Terpaksalah menunggu keesokan harinya untuk aku ke pusat servis.




Sehingga saat ini. aku masih menyumpah hantu minyak itu. Geram sangat sebab kereta aku yang menjadi sasarannya. Sengkek sangat sampai minyak petrol pun nak curi. Perkara yang aku belajar dari kejadian ini ialah, jangan sesekali meletakkan kenderaan anda di tempat yang gelap walaupun hanya seketika. Segalanya berkemungkinan untuk terjadi.   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.