Satu kejutan telah berlaku pada hari ini di mana aku telah mendapat sejambak bunga dari seseorang. Lelaki pun dapat bunga? Hrmm. Dan pengirim bunga tersebut adalah seorang lelaki berbangsa Itali. Apakah maksudnya ittew? Sabar yek. Jangan panik. Di antara 8 orang penerima bunga tersebut, aku merupakan satu-satunya lelaki yang terpilih untuk diberikan bunga. Yang lain tu kesemuanya wanita. Thanx so much Federico. Si lelaki Itali ni telah aku kenali sewaktu dia menyertai sebuah pameran bertempat di satu kawasan elit di Bukit Bintang. Aku ada juga menghulurkan bantuan sewaktu dia berada di Malaysia untuk tempoh hampir 2 minggu. Mungkin itu sebabnya dia mengirimkan bunga sebagai tanda penghargaannya pada aku. Rasa terharu apabila ada orang luar yang lebih menghargai diri kita berbanding dengan orang tempatan. Yang pastinya, pulang ke rumah nanti, bunga tersebut akan ku letakkan di dalam pasu hiasan. He he. I like...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.