03 April 2011

dah jadi macam mata Garfield

Ngantok benar aku hari ni. Apa tidaknya. Semalam gi merewang kat bandaraya KL sampai mata pun dah kuyu macam Garfield.



 Mujurlah hari ini tak banyak sangat kerja sebab hari Ahad. Dah lama sebenarnya aku tak mencuci mata di malam hari. Dari Ampang aku ke bazar larut malam Danau Kota. Balik pula singgah ke Dataran Merdeka. Jalan pun sesak dengan asap motor mat-mat rempit. Biasalah kalau dah malam minggu, ramai yang keluar melepak bersama rakan-rakan mereka ittew. Aku pula memandu sendirian sambil menikmati pemandangan di sekitar ibu kota. Apa ye agaknya yang aku cari tengah-tengah malam begini? Adalah...rahsia taw. Xleh kongsi. Hehe..

     Mujurlah harga petrol ron95 tidak dinaikkan. Ada beza ke? Bagi mereka yang memandu hari-hari pasti perbezaan harga itu akan dirasai. Hrmmm. Semua barang pun dah mahal sekarang ni. Ikan dan ayam pun dah melambung harganya. Tetapi gaji tak juga naik-naik (sambil mengeluh) Bulan ni banyak juga cuti aku. Belum merancang lagi mahu ke mana. Bergantung pada budget la kan. Kat semenanjung ni pun banyak tempat yang aku masih belum terokai. Harap-harap tu dapatlah aku merancang sesuatu nanti. Sekarang aku nak berehat. Tak ingin diganggu. Do not disturb me. Ewah-ewah statement..kan. Mungkin bila ada kelapangan baru aku dapat kongsikan sesuatu di blog ini. 




Chaw..masa untuk merehatkan minda...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.