09 April 2011

lebih suka yang di seberang

Tempat terbaik untuk melepaskan tekanan dan melayan perasaan ialah pusat karoeke. Puas aku nyanyi selama 3 jam lebih pada malam tersebut. Suara sumbang pun xpew asalkan puas hati. Makan pula memang sampai tak larat nak isi. Pendek kata memang aku hepi sangat menghabiskan masa di tempat ittew. Dapat pula diskaun keahlian 30%. Lokasinya ialah di Red Box karoeke yang terletak di The Gardens.




Antara lagu-lagu yang menjadi pilihan aku ialah Sedetik Lebih, Kau yang bernama Seri, Nyanyian rindu buat kekasih, Kekasih gelapku dan Jangan pernah berubah. Aku lebih menggemari lagu-lagu Indonesia berbanding dengan lagu tempatan. Mungkin kerana faktor gubahan lagu dan muzik yang lebih menarik. Bukan bererti aku tidak menyokong karya tempatan cuma aku rasa lagu seberang lebih dapat dijiwai.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.