16 October 2010

semakin teruja

Aku semakin teruja menantikan hari Isnin tiba. Apa tidaknya. Seperti seakan terdengar panggilan pulau yang menyahutku untuk berkunjung ke sana. Dan sudah semestinya Phuket yang menjadi pilihan pada kali ini.




Waktu rehat tengahari tadi, aku telah pergi ke Money Changer untuk menukar mata wang ringgit ke baht. Bimbang nanti tak sempat pula memandangkan cuma ada sehari saja lagi aku bekerja. Sekadar membawa wang berbelanja ala kadar. Takut pula nanti terbeli barangan yang tidak perlu.




Percutian ini adalah sesuatu yang aku amat nantikan sejak sekian lamanya. Aku memang sukakan keindahan pantai dan pulau di Phuket biarpun aku belum pernah ke sana. Hanya melalui majalah dan laman web aku menerokai maklumat tentang Phuket. Sekali lagi,syarikat penerbangan Air Asia menjadi pilihan. Murah dan selesa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.