
Berkurung dalam rumah sambil mencari aktiviti yang harus dilakukan. Aku tidak boleh hanya makan tidur walaupun badan tak berapa sihat. Jangan manjakan diri sangat. Itu prinsip aku.
Kebetulan aku cuti selama 2 hari. Sempat menyusun atur semula perabot diruang tamu. Dah hampir 5 bulan aku menyewa di apartment ini. Justeru itu aku perlukan satu perubahan supaya tak rasa bosan nanti. Rumah bukanlah setakat tempat tinggal sahaja tetapi rumah juga memainkan peranan utama dalam memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian kita.
Bila badan tak sihat ni,selera makan pun berkurangan. Aku banyak minum air kosong supaya kulit tak terasa kering. Teringatkan lobak merah didalam peti sejuk maka aku pun terfikir juga apa salahnya jika dijadikan jus.

Pengisar pun dah lama tak digunakan untuk membuat jus. Puas hati akhirnya dapat juga aku minum jus lobak merah+susu mengikut citarasa aku sendiri.


Petang semalam pula aku ke KLCC. Dah beberapa bulan rasanya aku tak ke sana. Saja hendak berjalan-jalan di taman KLCC sambil melihat kehijauan alam dan air pancutan di sana. Seronok juga kadangkala apabila melihat gelagat pengunjung di sana. Sedikit sebanyak ianya menghiburkan. Taman KLCC juga merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk dijadikan aktiviti beriadah samada bersendirian ataupun bersama teman-teman dan juga keluarga.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.