02 October 2010

Kau cahayakan kegemerlapanku

Minggu lepas aku ke rumah terbuka Aidilfitri di Pelabuhan Klang. Tak tercapai juga hasrat nak makan lemang. Namun aku bersyukur sangat sebab dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah makanan yang lazat. Antaranya ialah nasi lemak,bihun goreng Singapura,nasi himpit,mee goreng dan rendang ayam. Berbaloi-baloi bila dapat makan setelah terperangkap selama 2 jam di Puchong dan Shah Alam. Menyesal sebab lupa bawa smart tag bila masuk highway. Tak sangka pula yang banyak betul kenderaan pada malam itu. Apapun aku tetap gembira kerana selamat sampai ke rumah terbuka Abg Mat.

Balik daripada Pelabuhan Klang,aku terus memandu ke Seksyen 7,Shah Alam. Teringin benar nak tengok keindahan warna warni i-City yang diceritakan kepadaku. Sebelum ini aku hanya terpegun melihat gambar teman-teman FB yang telah berkunjung ke sana. Sebenarnya tidak susah pun untuk mencari tempat ini. Hanya sedikit kesabaran yang diperlukan. Cuaca agak lembap sedikit setibanya aku di sana disebabkan hujan pada sebelah petangnya. Cuma perlu membayar RM10 untuk masuk ke kawasan i-City.















Wow! Itulah perkataan pertama yang terpacul dari bibirku apabila menyaksikan keindahan ribuan cahaya warna warni yang memukau pandangan. Terasa seperti berada di luar negara pula. Aku hanya berada di sana selama 2 jam sahaja memandangkan keesokkan harinya aku bekerja. Wajah-wajah ceria manusia disulami derai tawa mereka memenuhi setiap ruang. Kebetulan pula malam minggu. Masih belum puas lagi bergambar dan yang pastinya, aku akan kembali semula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.