23 September 2010

tak selalu merasai kenikmatannya

Nampak gayanya masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang mengadakan rumah terbuka bersempena dengan hari raya Aidilfitri. Tahun ini, aku tidak berkesempatan mengunjungi rumah teman-teman kerana kebetulan aku berkerja pada hari tersebut. Apakan daya, dah bukan rezeki aku. Mungkin terpaksa menunggu tahun depan pula. Dan pertama kali dalam sejarah sepanjang 10 tahun ini, aku tidak menikmati lemang. Rasa kempunan pun ada. Itulah kenyataannya.Hanya puas makan ketupat daun palas+kacang yang diberikan oleh Mak Pah iaitu jiran kepada emak aku pada hari raya pertama lalu. Bukannya tak ada orang yang menjual lemang tetapi hati ini mengatakan jangan beli. Takut pula tertipu macam Tipah. Maklumlah,nampak elok di luar tetapi buruk di dalam. Hari Sabtu nanti, aku ada 1 lagi undangan ke majlis rumah terbuka iaitu abang kepada kawan aku. Lokasinya di Pelabuhan Klang. Semoga hasrat aku untuk makan lemang pada tahun ini akan tercapai.

Baru-baru ini juga,Perayaan Kuih Bulan telah disambut oleh masyarakat Cina di negara kita dan juga di seluruh dunia. 2-3 hari yang lepas, aku telah menerima sekotak kuih bulan dari boss aku. Setelah meneliti kotak dan kandungan kuih bulan tersebut,barulah aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Sebabnya ialah kuih bulan tersebut mempunyai cop halal yang diiktiraf kandungan bahan-bahannya. Tambahan pula kuih bulan tersebut dijual oleh syarikat Amway. Dapatlah aku makan tanpa ada keraguan. Maklumlah, sebagai umat Islam, kita harus memilih apa yang terbaik buat diri kita bak kata Dato' Ustazah Siti Norbahyah,anda buat anda dapat.













Jarang-jarang aku dapat peluang merasai kenikmatan kuih bulan yang halal seperti yang ini. Enak,kurang manis dan sememangnya cukup rasa. Sebelum ini aku pernah juga mencuba kuih bulan berperisa durian. Sesuatu yang berlainan tetapi aku lebih suka yang asli ataupun mengandungi telur masin serta biji teratai. Itulah citarasa aku bila bercakap mengenai kuih bulan. Sesiapa yang belum mendapatkannya lagi,pastikan anda memeriksa dahulu logo halal yang telah disahkan kualitinya. Cuba try dan pasti anda akan suka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.