24 February 2011

cuba untuk manjakan diri

Musim panas sekarang ni memaksa aku supaya tidak terlalu aktif dengan akitiviti luar rumah. Kebanyakkan masa aku habiskan di rumah atau di tempat kerja. Memandangkan kesihatan diri tidak begitu mengizinkan aku untuk pergi bercuti, aku terpaksa menunda ke satu tarikh yang lain. Sememangnya aku nak sangat pergi bercuti cuma belum tentukan lagi bila dan ke mana destinasi aku pada kali ini.




ada tak rupa macam Zorro? ahaks


Dalam pada masa yang sama, aku tidak pernah mengabaikan penjagaan diri. Rasa macam nak ajak member pergi buat rawatan muka tetapi mereka pula sibuk. Fikir punya fikir maka aku pun membuka bungkusan topeng muka yang aku beli dahulu.(dah banyak bulan beli tapi simpan jew). Entah bila nak pakai pun tak tahu. Hrmm... sampai masanya untuk memanjakan diri ala-ala pergi Spa la pulak. Bukannya untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri juga. Kan? Sebenarnya dari semalam lagi aku bercadang nak pakai topeng muka tu pagi ni memandangkan dalam tempoh seminggu ini, kulit aku menjadi kering. Rasa sejuk bila pakai kat muka. Sambil berbaring atas tilam untuk tempoh 15 minit, aku layan sekejap lagu Anuar Zain iaitu "sedetik lebih". Jangan marah. Aku dah dapatkan CD terbaru yang mengandungi lagu-lagu karya Edry Abdul Halim. Terbaek punya. Berbalik kepada kisah topeng muka tadi, itulah salah satu cara untuk merehatkan kulit muka supaya sentiasa segar dan bermaya. Ada berani?



haruman yang menawan hati



Ini pula kisah tentang haruman. Aku tak akan keluar dari rumah tanpa sebarang haruman. Aku amat cerewet tentang bab penjagaan diri. Rasa rimas juga bila pergi ke mana-mana dan terhidu bauan yang kurang enak biarpun pada wanita dan juga lelaki. Aku pelik kenapa ada orang yang suka dengan haruman asli badan mereka. Kalau wangi takpelah juga tapi bau tengit dan meloyakan. Saper nak jawab tu? Biar penampilan diri biasa-biasa sahaja asalkan soal kebersihan tidak dilupakan. Aku meminati haruman ini dah lama cuma sebelum ini belum tergerak hati untuk membelinya. Minyak wangi aku pun masih belum habis lagi. Memandangkan ada hadiah 'tuala gim' pada kali ini, aku membuat keputusan untuk mencuba jenama ini. Haruman semburan badan 'koko' inilah yang menjadi pilihan aku. Bukan inginkan perhatian tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Cubalah dan anda pasti tak akan menyesal.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.