03 February 2011

Melawan kesepian



     Di dalam hati ini terasa sunyi dan kosong sangat. Untuk melawan kesepian ini, aku perlu merehatkan minda dan jiwa. Antara lokasi yang terlintas di fikiran ketika ini ialah Bandung, Bali , Kota Kinabalu dan Bangkok. Ataupun aku hanya perlu bercuti di dalam negara sahaja. Bukan mudah untuk merancang semua ini. Ada perkara lain yang masih perlu aku pertimbangkan selain dari pergi bercuti. Aku keliru dan buntu ketika ini. Tak tahu apa yang harus aku lakukan.

    Persoalan yang masih belum terjawab. Itulah yang berlaku beberapa hari yang lepas. Mereka masih menunggu jawapan dari bibirku. Amat sukar untuk aku mengatakan ' ya, saya setuju'.  Banyak pula hati yang perlu aku jaga. Bagaimana pula dengan perasaan aku sendiri? Siapa yang tahu dan faham akan apa yang tersirat jauh disudut hatiku ini?




      Keluhan hatiku meminta supaya aku bertenang dan bersabar. Aku masih dibayangi peristiwa silam yang sentiasa menghantui diri ini. Oh Tuhan! Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.