AMARAN. Untuk bacaan golongan dewasa sahaja. Sila tinggalkan blog ini jika anda berumur 18 tahun ke bawah.
Bila aku tulis perkara yang berkaitan dengan ilmu seks atau yang seangkatan dengannya, banyak pula pengunjung di blog ini. Hrmm. Apa-apa jela. Tapi blog ini bukan bertujuan untuk mencari publisiti murahan ye. Ianya tentang berbicara mengenai apa saja isu kemasyarakatan namun lebih kepada kisah tentang apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita.
Coretan kali ini ialah mengenai kondom. Anda tahu apa itu kondom? Gambar di bawah ini merupakan salah satu jenama kondom yang sering menjadi pilihan pengguna kerana kualitinya cukup bagus dan harganya juga agak berpatutan. NAMUN BEGITU, paparan ini bukanlah untuk menggalakkan perhubungan seks luar nikah atau sebagainya ianya cuma sekadar satu info yang dapat penulis kongsi bersama dengan pembaca blog ini.
Berikut adalah petua untuk menggunakan kondom dengan cara yang betul dan selamat.
Jauhi AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT. Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks, homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV. Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.
SEKS YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.
PERSETUBUHAN
Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlindungan. Air mani, darah dan cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV sedang menembusi tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. jadi jangan melakukan persetubuhan tanpa menggunakan kondom serta pelincir walaupun ia berlangsung seketika sahaja.
Anda perlu jujur dan berterus terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda. Sediakan kondom.
* sumber maklumat diperolehi daripada yayasan PT.
Bila aku tulis perkara yang berkaitan dengan ilmu seks atau yang seangkatan dengannya, banyak pula pengunjung di blog ini. Hrmm. Apa-apa jela. Tapi blog ini bukan bertujuan untuk mencari publisiti murahan ye. Ianya tentang berbicara mengenai apa saja isu kemasyarakatan namun lebih kepada kisah tentang apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita.
Coretan kali ini ialah mengenai kondom. Anda tahu apa itu kondom? Gambar di bawah ini merupakan salah satu jenama kondom yang sering menjadi pilihan pengguna kerana kualitinya cukup bagus dan harganya juga agak berpatutan. NAMUN BEGITU, paparan ini bukanlah untuk menggalakkan perhubungan seks luar nikah atau sebagainya ianya cuma sekadar satu info yang dapat penulis kongsi bersama dengan pembaca blog ini.
| jenama yang sering menjadi pilihan, durex |
- Gunakan kondom yang bermutu tinggi dan berkualiti baik.
- Jika anda tidak biasa menggunakan kondom, berlatihlah. Cuba sendiri atau dengan pasangan anda.
- Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
- Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensitiviti.
- Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga ke pangkal zakar.
- Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
- Selepas pancut, pegang pangkal kondom itu dan tarik keluar dari zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.
- Ada pelbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuaian dengan anda.
Jauhi AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT. Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks, homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV. Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.
SEKS YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.
PERSETUBUHAN
Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlindungan. Air mani, darah dan cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV sedang menembusi tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. jadi jangan melakukan persetubuhan tanpa menggunakan kondom serta pelincir walaupun ia berlangsung seketika sahaja.
Anda perlu jujur dan berterus terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda. Sediakan kondom.
* sumber maklumat diperolehi daripada yayasan PT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.