Tahun 2011 merupakan tahun Arnab. Masyarakat Cina mempercayai tahun ini sebagai tahun untuk diplomasi dan pembujukan. Selain itu juga, ia dipercayai sebagai tahun yang sangat sesuai untuk memulakan perniagaan dan pasti memberi keuntungan berlipat kali ganda. Mereka juga percaya bahawa mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak nafsu dan membuang masa.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej , kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang 'ang pow' dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Hari ini aku bekerja dari pukul 10 pagi sehingga jam 6 petang. Besok barulah cuti 1 hari. Tak sempat pula nak ke rumah rakan-rakan berbangsa Cina pada hari ini kerana masa tidak mengizinkan. Kalau dapat ' ang pow' kan best. Wah, dah besar macam ni pun masih nak minta paket merah lagi. Puas makan limau Mandarin sampai sakit tekak. Apa tidaknya, tak perlu beli, semua dapat percuma. Seperti biasa, aku masih lagi tertunggu-tunggu kejutan setiap kali Tahun Baru Cina dari pihak atasan. Apa erk rasa-rasanya? Rahsia..tak boleh didedahkan. Semoga apa yang dinanti menjadi satu kenyataan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.