AMARAN! Jika anda berumur 18 tahun ke bawah, sila tinggalkan blog ini dengan segera. Penulis tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang ketidakselesaan yang anda rasai kerana kandungan artikel dan foto-foto berikut mengandungi unsur-unsur bacaan/tatapan untuk golongan dewasa sahaja. Ianya bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar suatu maklumat yang dapat penulis kongsikan bersama pembaca blog ini.
Di kelompok masyarakat Melayu sendiri, terdapat pelbagai jenis petua dan pantang larang yang telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu. Ramai di antara lelaki Melayu pada hari ini terutamanya golongan muda masih mentah dalam menyelami ilmu kesihatan batin dan mereka sedikit pun tidak kisah tentang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu tersebut kerana bagi mereka itu semua tidak penting. Inilah sikap yang perlu dielakkan. Adat dan budaya Melayu harus dikekalkan sampai bila-bila. Siapa bilang lelaki Melayu tidak menawan? Jika kena pada caranya, tentu lelaki Melayu juga dapat bersaing dengan golongan yang lain.
Kajian menunjukkan ramai lelaki di Asia mengalami masalah tenaga batin dan golongan Melayu juga tidak terkecuali. Itulah kenyataan yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Faktor tekanan hidup dan aktiviti kurang sihat telah menjadi punca. Kadar perceraian pula semakin meningkat dari hari ke hari. Ada pula kes isteri makan luar apabila si suami tidak mampu memberi kepuasan kepada mereka dan ini memberikan kesan yang buruk kepada sesebuah institusi perkahwinan itu. Di pasaran pula terdapat pelbagai jenis ubat yang kononnya menawarkan 'pemulihan' kepada penyakit lemah syawat lelaki. Sejauh manakah keberkesanannya dan apakah akibat daripada pengambilan pil sampingan itu? Berbincanglah sebaik-baiknya dengan doktor pakar sakit tuan jika anda mengalami masalah 'mati pucuk'.
Sebagai seorang lelaki, kita harus membuat keputusan yang bijak. Jangan sampai merana diri. Ada pula yang mempercayai urutan batin juga dapat membantu menguatkan kembali alat 'keperkasaan' lelaki. Awas! Terdapat tukang urut yang kononnya menawarkan khidmat urutan batin tetapi sebenarnya ianya ternyata bertujuan lain. Ianya lebih kepada 'perkhidmataan seks' sampingan. Jika terpaksa menemui tukang urut yang 'sebenar', carilah yang benar-benar pakar dalam mengurut anggota sulit lelaki. Bukan setakat pakai minyak matahari ataupun losyen. Jangan sampai tersalah urut kerana kesannya boleh membawa ke jangka masa yang panjang. Bagi pendapat peribadi penulis sendiri, eloklah sahaja diamalkan petua orang dahulu kala tanpa mengambil ubat-ubatan moden mahupun berjumpa dengan tukang urut 'palsu' yang bercambah di pasaran sekarang ini. Senaman batin seperti teknik kamasutra dan 'seni harimau' juga dapat diamalkan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Berikut adalah petua-petua serta pantang larang yang dapat membantu meningkatkan pengetahuan kita berkaitan dengan ilmu batin. (rujukan dari internet dan juga maklumat yang diperolehi oleh penulis melalui rakan-rakan) Semoga ianya dapat membantu meningkatkan kesihatan batin bagi diri anda.
1. Jangan amalkan minum air batu terlalu kerap kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
2. Setelah selesai makan nasi, barulah minum air melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. Sebaik-baiknya biarlah makanan atau minuman yang dikeluarkan di dalam peti sejuk dibiarkan terdahulu selama sekurang-kurangnya 10-15 minit.
4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah semput ketika berjimak.
6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau melakukan kerja berat. Berehat terlebih dahulu sehingga badan sejuk sedikit, kemudian baharulah minum air.
7. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia akan melemahkan zakar serta makanlah nasi yang telah dipanaskan bukannya nasi sejuk.
8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
9. Elakkan diri dari meminum air selepas jam 11.00 malam walaupun ianya air panas kerana ia akan otot pinggang menjadi lemah dan membawa kepada sengal badan.
10. Jangan sesekali buang air ditempat yang mempunyai air bertakung.
11. Hindari melancap atau beronani kerana ia seperti memaksa air mani keluar dan ianya hanya akan melemahkan otot zakar.
12. Jangan biarkan zakar tertindih ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
13. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
14. Jangan berjimak di dalam air.
15. Jangan terus cepat membasuh zakar selepas bersetubuh, ini kerana akan menjadikan kehangatannya turun mendadak. Rehat dahulu selama 5 minit kemudian barulah dibasuh.
16. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana ia boleh mengakibatkan mati pucuk.
17. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
18. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga.
19. Jangan asyik melentokkan zakar ke depan dalam seluar dalam, tetapi sesekali cuba tegakkan kepalanya di atas. Dengan cara ini, ia terletak dengan elok dan kalau ia bangun sekalipun, ia bangun dalam posisi baik sekali.
20. Jangan cepat malu, cemburu dan merendah diri kerana ia akan hanya merubah penampilan kita menjadi lemah.

![]() |
| adakah anda seorang lelaki hebat di ranjang? |
![]() |
| setahap manakah kepuasan yang telah anda kecapi bersama dengan pasangan anda? |

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.