11 January 2011

Lepas gian

Lebih kurang seminggu aku tak tulis blog. Tak berapa ada mood. Mungkin faktor kesihatan dan kerja yang tidak mengizinkan. Terlintas di hati nak mencoret sesuatu di blog ini memandangkan tarikh hari ini sangat menarik iaitu 11/1/11. Cantik kan nombor itu?

Sekarang ini musim selsema dan demam. Ubat jangan sesekali dilupakan. Maklumlah sekarang kan masih di awal tahun baru jadi memang penting sekali untuk menjaga kesihatan diri.

Semalam aku ke pasaraya besar, Carrefour Ampang. Teringin pula nak makan bihun goreng dan aku malas untuk tapau. Untuk melepaskan gian tersebut, kenalah masak sendiri. Tak banyak pun bahan yang aku beli. Cukuplah sekadar diri sendiri yang nak makan.

Isu minyak masak belum lagi berakhir. Minyak kelapa sawit masih lagi tidak kelihatan dijual di Carrefour. Pelik juga dengan sikap segelintir dari masyarakat kita yang suka menyorok barang. Bila dengar harga nak naik sikit jer, terus mereka menyimpan stok tersebut. Akibatnya, para pengguna lain yang menjadi mangsa. Mujurlah aku dah beli bekalan minyak masak sejak awal lagi. Kena beringat sebelum terjadi.

Sebungkus bihun habis digoreng. Sempat lagi bawa ke tempat kerja untuk menjamu kawan-kawan makan. Semoga murah rezeki aku nanti. Banyak lagi juadah lain yang aku ingin belajar. Memasak merupakan salah satu terapi yang aku rasakan begitu membantu. Rasa puas hati dan gembira apabila melihat hasilnya. Jangan cakap lelaki bujang hanya tahu makan di luar dan tak pandai memasak tau. Belajarlah selagi termampu.


                                                Nak rasa ke? Boleh ajer...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.