Sarapan tengahari aku ialah ayam Nando's. Sedap dan lazat.
Lokasi yang menjadi pilihan : Restoran Nando's, Pavilion KL.
Tengahari begini tekak terasa begitu nyaman sekali apabila sedutan pertama masuk ke dalam kerongkong.
Ayam dihidangkan bersama kentang goreng. Terliur dah waktu nie. Perut tengah lapar...
Sememangnya aku harus memberi ganjaran kepada diri sendiri kerana tahun lepas aku berjaya mencipta rekod iaitu tidak mengambil cuti sakit. No MC okay. Yang penting kesihatan diri perlu dijaga supaya prestasi kerja sentiasa cekap dan mantap. Wah. Mantap kew? Hehe. Tahun ni pula aku mengharapkan agar ianya lebih baik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.