Semalam aku cuti. Macam biasalah, melakukan rutin seharian apabila di rumah. Petang tu teringin pula nak makan bubur gandum. Nak beli yang siap tu bukannya tak dijual, cuma naluri dan keinginan untuk merasa masakan sendiri ternyata lebih kuat. Akhirnya aku membuat keputusan untuk masak. Aku menuju ke Tesco dan Carrefour Ampang dan membeli sedikit barangan runcit. Banyak betul barangan murah bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang tidak lama lagi. Rambang mata dibuatnya namun kena juga mengawal perbelanjaan supaya tidak melakukan pembaziran. Tambahan pula orang bujang seperti aku, tak perlu berbelanja lebih.
Malam semalam barulah aku masuk ke dapur. Banyak benda yang terlintas difikiran untuk dilakukan. Teringin pula nak masak 2-3 menu. Tak kisahlah semua itu. Yang penting sekali ada kemahuan. Boleh juga bawa ke tempat kerja nanti. Aku selesai masak jam 2 pagi. Berbaloi melihat hasilnya walaupun mata dah lebam. Itulah salah satu aktiviti yang aku suka lakukan iaitu memasak.
Menu pertama : Bubur gandum
Nak siapkan bubur ni amat memerlukan kesabaran kerana ianya agak mengambil masa. Antara bahan-bahan yang aku gunakan untuk memasak bubur gandum ini ialah biji gandum, air, gula putih,gula perang, garam,
esen vanila, santan kelapa dan daun pandan. Sesetengah orang suka mencampurkan jagung dan biji sagu. Itu terpulang pada selera masing-masing. Bagi aku dah memadai kalau setakat nak makan sorang.
| biji gamdum yang telah direbus |
| daun pandan untuk menambah aroma dan santan kelapa |
| inilah hasilnya setelah dimasak |
Berikut pula menu seterusnya iaitu Nasi ayam Hainan, sup ayam dan ayam goreng. Tak payah aku makan di luar waktu rehat nanti. Boleh tambah berkali-kali pulak tu. Semestinya air tangan sendiri pastinya tidak akan sama dengan makanan yang dibeli diluar. Makan hati lah kawan-kawan kat ofis apabila mereka nampak. Nak juga kew? Jom layan.......
| ayam digaul bersama serbuk kunyit,garam,daun kari dan bawang merah |
| ayam yang telah siap digoreng. tak sabar nak makan. |
| nasi ayam hailam. resipi mengikut caraku.. |
Dah telan air liur kan? Sesekali tu, cubalah masak sendiri. Rajin-rajinlah masuk ke dapur.
Kepuasan yang kita dapat pastinya takkan sama. Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.