Hidup pastinya akan lebih terasa indah pabila diri kita disayangi, menyayangi dan mencintai di antara satu sama lain. Cinta tidak hanya wujud di antara lelaki dan wanita sahaja. Ia merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan perasaan, hati dan pemikiran. Cinta adalah satu kurniaan yang indah. Cinta memerlukan ketulusan hati dan kesabaran dalam menempuh apa jua rintangan. Jika cinta itu tak bermata, kenapa ia boleh menjadi buta?
Tentang aku..
Dah lama aku menunggu akan hadirnya seseorang yang dapat aku curahkan segala perasaan dan kasih sayangku padanya. Aku juga ingin merasa nikmatnya bercinta seperti insan yang lain. Tetapi aku masih belum menemui seseorang yang dapat aku anggap seperti 'teman istimewa'. Kebanyakkan mereka yang aku temui tidak mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan. Itu bukanlah bererti aku terlalu cerewet dalam memilih teman hidup. Aku tidak mengejar kesempurnaan tetapi aku inginkan kebahagiaan yang berpanjangan.
Cintaku tidak boleh dijual beli dan aku mahukan seseorang yang dapat menerima diriku seadanya. Selama aku menyendiri, aku cuba untuk melupakan segala kenangan pahit dan memperbaiki kesilapan diri agar aku tidak melakukan kesilapan yang sama seperti masa lalu.
Kadang kala aku rasa bersalah kerana terpaksa menolak cinta seseorang yang ingin menjadikan aku sebagai teman. Bukannya apa, aku harus berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan terutamanya perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Kenapa mereka tak pernah cuba untuk mengerti? Aku bukanlah jenis yang mudah menerima cinta dari mereka yang baru aku kenali. Aku dah masak dengan kata-kata manis serta 1000 janji.
Namun aku tak harus berputus asa dalam mencari dan memburu cinta. Aku percaya masih ada cinta yang akan hadir dalam hidupku. Semoga impian menjadi nyata.
Wahai kau C.I.N.T.A,
Jangan biarkan aku hidup bersendirian didalam sepi terlalu lama..kau temukanlah aku dengan seseorang yang ikhlas, jujur dan penyayang. Semoga dia dapat memberikan cintanya dan akan ku balas dengan setia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.