Sekarang baru bulan ke-3 dalam tahun 2011. Entah apa lagi cabaran yang harus aku tempuhi di sepanjang tahun ini. Aku tidak mengerti mengapa ada sesetengah orang sanggup memutuskan persahabatan hanya kerana aku tidak membalas cinta mereka. Setakat hari ini saja, aku telah menolak cinta seramai 5 orang bermula dari awal tahun ini. Tiada apa yang istimewa tentang diriku sehinggakan mereka meminta lebih daripada biasa. Aku tak pernah pun pakai susuk untuk membuatkan orang suka kepada diriku. (pengakuan ikhlas yang berani) Aku juga bukan sekacak lelaki-lelaki Melayu yang lain. Aku tak punyai apa-apa. Layakkah aku dicintai?
Kejamkah aku hanya kerana tidak menerima kehadiran cinta yang belum pasti apa penghujungnya itu? Aku sudah puas dengan sandiwara dan lakonan manusia di pentas kehidupan ini. Aku bukanlah seorang yang mudah menerima dan menggantikan cinta dengan sekelip mata. Cinta yang ada pada diriku tidak semurah apa yang mereka sangkakan. Aku telah belajar menerima takdir dan semua kelemahan diriku di masa silam. Hanya kerana mereka tidak memahami istilah cinta sebenar, aku telah dilabelkan sebagai seorang yang suka mematahkan hati. Itu bukan aku.

Aku punyai harga diri dan tak semudah itu mereka ingin memiliki cintaku dan akhirnya akan mempermainkannya. Serik? Aku tidak pernah berhenti dari ingin mencintai dan ingin dicintai cuma pastinya aku belum menemui insan yang dapat ku curahkan kasih sayang sepenuhnya. Jika waktu itu tiba, jiwa dan ragaku hanyalah untuk dirinya.
Sejak dari awal lagi, telah aku nyatakan pada mereka yang aku ingin memulakan perkenalan hanya sebagai sahabat atau teman dan tidak lebih dari itu. Aku tidak salahkan mereka sekiranya mereka jatuh cinta pada diriku cuma aku hairan kenapa mereka mudah melafazkan kata-kata cinta sedangkan pertemuan yang dibina hanyalah sesingkat waktu. Bermaknakah tiap ungkapan cinta itu? Sesungguhnya cinta itu tidak boleh dipaksa.
Aku tidak mahukan cinta mee segera atau cinta pakai buang kerana sekali aku jatuh cinta, cintaku takkan pernah berubah dan aku akan setia buat selamanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.