Takut tak dengan tajuk entry kali ini? Haha. Sajer jew nak bikin gempak sikit.
Semalam aku telah mengasapkan rumah dengan membakar batang lidi aromatik. Konon-kononnya untuk mewangikan ruang rumah la. Kebetulan pula aku baru saja membeli kotak kayu ittew. Ingatkan dapatlah beli kotak ni di Bali sebab kawan aku berkunjung ke Bali baru-baru ini. Namun hajat tak kesampaian sebab dia tak tahu mana nak cari barang tersebut. Akhirnya terpaksalah aku membeli kayu "Made in Pakistan" di Bukit Bintang. Tak kisahlah kan. Yang penting aku telah membelinya dengan harga yang berpatutan sebab aku minta diskaun kat mamat Pakistan yang menjual itu.
Wangian yang aku gemari ialah Lavender, Jasmine dan Cempaka. 'Aromatic Incense Stick' yang aku ada sekarang ini memang aku beli di Bali sewaktu aku ke sana dulu. Terasa seperti berada di Bali pula bila menghidu asap tersebut. Bercakap tentang asap pula, aku pernah terdengar orang cakap bahawa tujuan sesetengah orang membakar kemenyan adalah supaya asapnya dapat dijamah oleh Jin. Seram kan? Nasib baik la aku bukan membakar kemenyan, kalau tak nanti dituduh ada pendamping malam pula. Huhu.
Lepas ni aku nak kumpul lebih banyak lagi koleksi minyak aromaterapi dan kayu lidi wangi. Itu merupakan salah satu hobi yang aku suka lakukan. Mungkin dah sampai masanya nanti untuk mengatur semula ruang kediaman supaya tak jemu mata memandang dan kelihatan segar.

| haruman cempaka dan jasmin dari Bali |
| jangan sampai termakan asap |
Lepas ni aku nak kumpul lebih banyak lagi koleksi minyak aromaterapi dan kayu lidi wangi. Itu merupakan salah satu hobi yang aku suka lakukan. Mungkin dah sampai masanya nanti untuk mengatur semula ruang kediaman supaya tak jemu mata memandang dan kelihatan segar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.